Utama Blog Halaman 122

PETRONAS, Microsoft Expand Collaboration

PETRONAS and Microsoft signed a Memorandum of Understanding (MoU), further extending their strategic collaboration in multiple areas across innovation and sustainability to support the development of an Artificial Intelligence (AI)-enabled economy and ecosystem in Malaysia, while advancing efforts toward energy transition in Asia.

At the signing ceremony held on the sidelines of Energy Asia 2025, PETRONAS was represented by its Senior Vice President of Projects, Technology & Health, Safety, Security & Environment (PT&HSSE), Ir Ts Mohd Yusri Mohamed Yusof and Vice President of Group Technology & Commercialisation, Izwan Ismail. Microsoft Malaysia was represented by its Managing Director, Laurence Si.

Ir Ts Mohd Yusri said, “At PETRONAS, innovation goes beyond technology – it is about shaping a future where energy is smarter, cleaner, and sustainable for not only the organisations involved, but also the nation and its people.

“Our collaboration with Microsoft is driven by a shared commitment to meaningful innovation and sustainable progress. By harnessing our joint expertise in innovation and sustainability, we are steadfast in advancing adoption of AI and Cloud capabilities in a manner that promotes sustainable energy practices, in support of Malaysia’s aspirations of building an AI economy with a robust ecosystem in which everyone thrives,” he added.

Si said, “As a trusted technology partner to PETRONAS, we are thrilled to strengthen our collaboration to help advance their digital and AI transformation. With Microsoft’s new cloud region in Malaysia, we are committed to supporting PETRONAS with secure, scalable, and sustainable cloud solutions that will drive growth and innovation in Malaysia’s energy sector.”

Town Hall PDRM Terengganu – Perkasa Operasi Banteras Jenayah

Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Terengganu telah menganjurkan program Town Hall bersama agensi penguatkuasaan undang-undang yang saling berkaitan tentang isu-isu keselamatan di perairan dan persisiran Pantai Timur Terengganu.

Ketua Polis Terengganu, DCP Dato’ Mohd Khairi Khairudin ketika merasmikan program Town Hall ini berkata, Terengganu memiliki garis pantai sepanjang 244 km menghadap Laut China Selatan merangkumi daerah Kemaman, Dungun, Marang, Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Besut.

Beliau berkata, kawasan ini juga kaya dengan Biodiversiti Marin yang menjadi tumpuan aktiviti seperti perikanan sama ada perikanan tradisional atau laut dalam, pelancongan pulau dan pantai, pengangkutan maritim dan aktiviti pelantar minyak.

“Negeri ini dengan garis pantai persisiran yang luas dan zon perairannya yang strategik sentiasa terdedah kepada pelbagai bentuk ancaman keselamatan antara isu-isu utama yang perlu kita tangani bersama ada daripada sudut dasar kerajaan dan undang-undang serta tindakan berbentuk operasi seperti tangkapan selain rampasan pencerobohan nelayan asing, kes pemerdagangan orang dan penyeludupan migran dalam operasi bersepadu.

“Selain itu, aduan awam berkaitan kegiatan menjual minyak diesel yang dicuri termasuk di pelantar minyak akan dicegah. PDRM negeri ini sentiasa mengambil langkah keselamatan dan penguatkuasaan utama.

“PDRM bertekad meneruskan dan memperkukuhkan rondaan serta kawalan sempadan secara bersama dengan agensi penguatkuasaan lain. Perkongsian risikan antara agensi latihan keselamatan dan pertahanan agensi maritim turut diadakan manakala pengunaan teknologi pemantauan seperti dron, radar pantai dan sistem komunikasi bersepadu sentiasa digerakkan,” katanya di Pusat Sains dan Kreativiti, Kampung Laut Chendering Kuala Terengganu di sini, baru-baru ini.

Mohd Khairi berkata, PDRM sentiasa berhubung dengan masyarakat tempatan melalui saluran Aduan Awam bagi memudahkan orang ramai menyalurkan maklumat tentang pelbagai perkara berkaitan jenayah.

Beliau berkata, program ini diharapkan akan dapat menyumbang kepada kestabilan dan keselamatan perairan negeri Terengganu kerana isu isu keselamatan daripada kepentingan dan kesejahteraan komuniti tidak boleh dipisahkan sepertimana kelangsungan industri pelancongan di pulau-pulau dan sektor perikanan selain keyakinan pelabur untuk datang melabur di Pantai Timur khususnya negeri Terengganu.

Beliau seterusnya menyeru agar semua pihak yang hadir dapat manfaatkan wacana ini dengan meluahkan pandangan secara terbuka dan membina rangkaian bagi menyokong inisiatif keselamatan secara bersepadu.

“Kita jadikan sesi Town Hall ini sebagai titik permulaan kepada stretegi yang lebih kukuh demi mempertahankan keselamatan maritim yang merangkumi sempadan perairan dan persisiran pantai serta ketenteraman awam di negeri Terengganu,” katanya lagi.

Program Town Hall PDRM yang julung kali diadakan melibatkan enam panel yang terdiri daripada Mohd Khairi, Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Hamilludin Che Awang; Pengarah Perikanan Terengganu, Pang anak Nyukang; Pengarah MOTAC Terengganu, Mazshida Ruslal; Ketua Penolong Pengarah Jabatan Laut, Wilayah Timur, Saiful Islam Mat; Unit Korporat/Promosi Jabatan Pelancongan Terengganu, Sharifah Nur Syafiqah Tuan Zainal Abidin manakala moderator Dato’ Dr Mustapha Ahmad Marican yang juga Profesor Adjung UMT.

Mustapha yang juga penceramah kesukarelawan Universiti dan Pengerusi NGO Antarabangsa merupakan Tokoh Utama Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 dan banyak menerima Anugerah kesukarelawan peringkat antarabangsa.

Seramai 200 peserta hadir dalam program townhall tersebut terdiri daripada persatuan nelayan, persatuan pelancongan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Terengganu, ahli akademik, PDRM dan wakil pelantar minyak Petronas.

Town Hall yang dianjurkan oleh PDRM Kontinjen Terengganu merupakan julung kali diadakan ini menunjukkan usaha PDRM Terengganu memperkasakan operasi membenteras jenayah bukan sahaja di daratan tetapi di sempadan perairan negara dengan cara operasi bersepadu.

Michelin, Terima Pengiktirafan Baharu ADAC 

Pada Mei lalu, ADAC (Allgemeiner Deutscher Automobil-Club), sebuah persatuan automobil terkemuka dari Jerman yang terkenal dengan ketegasan dan ketelitian ujian mereka, telah menerbitkan kajian baharu melibatkan 160 model tayar daripada pelbagai jenama.

Menurut dapatan kajian tersebut, tayar Michelin menghasilkan 26 peratus kurang zarah
berbanding purata pesaing dalam segmen premium. Keputusan ini mengukuhkan hasil kajian terdahulu yang diterbitkan pada tahun 2021, yang menunjukkan bahawa tayar Michelin mengeluarkan 28 peratus kurang zarah berbanding purata tayar premium.

Pesaing terdekat Michelin pula mencatatkan 20 peratus lebih pelepasan zarah bagi setiap kilometer dipandu dan setiap tan metrik yang dibawa. Hasil kajian ini menyerlahkan komitmen inovatif berterusan Michelin dalam menghasilkan tayar yang mengekalkan prestasi unggul sepanjang masa, di samping menawarkan jangka hayat yang cemerlang, pelepasan zarah yang lebih rendah, dan penggunaan bahan mentah yang berkurangan.

Pendekatan ini secara langsung menyumbang kepada penghasilan tayar yang mengeluarkan lebih sedikit zarah. Kajian ADAC turut menunjukkan bahawa pencapaian prestaalam sekitar yang kukuh adalah selari dengan tahap keselamatan yang sangat
tinggi.

Kehausan tayar merupakan cabaran global yang menjadi fokus Piawaian Euro 7 di Eropah. Di Eropah sahaja, pengangkutan jalan raya dianggarkan menyumbang sekitar 500,000 tan metrik zarah tayar haus dan jalan setiap tahun.

Samsung Galaxy Z Fold7, Galaxy Z Flip7 and Galaxy Watch Series Arrives in Malaysia, Available 1 st August 2025

The Samsung Galaxy Z Fold7 and Galaxy Z Flip7 is now available to purchase in Malaysia, starting from 1 st August 2025. With smarter features, better cameras, and expanded cover screen utility, Samsung is doubling down on foldables, and here’s why it still leads the pack.

AI That Works Where You Need It
This year, AI features take centre stage not just on the inside, but from the outside too. On the Galaxy Z Flip7, the 4.1” edge-to-edge FlexWindow 1 now supports Gemini Live 2 , allowing users to speak to their AI assistant, get personalised trip plans or make reminders, all without flipping the phone open.

It’s a new level of responsiveness and utility, putting a virtual assistant quite literally at your fingertips. Meanwhile, the Galaxy Z Fold7 leverages its immersive 8.0” main screen 3 to deliver AI experiences that feel native to its expansive layout, from Circle to Search 4 that floats over content, to split-screen AI Results View that keep your workflow uninterrupted.

All of this is powered by chipsets tailored for on-device AI, like the Snapdragon 8 Elite for Galaxy 5 on the Z Fold7, with 41% faster NPU performance for instant, context-aware actions. Whether it’s language translation, editing suggestions or multitasking prompts, AI on Samsung Foldables isn’t a gimmick, but instead woven into how users engage with their phones every day.

Volvo Selekt Certified Used Cars Sales Returns This Merdeka, Starting From RM160,000

Volvo Car Malaysia’s highly anticipated Volvo Executive Merdeka Sales is back this August, offering customers the opportunity to own a Volvo Selekt Certified Used Car at exceptional value.

Following the overwhelming success of last year’s event, where nearly 70 vehicles were snapped up on the first day alone – this year promises even greater deals and a wider selection, with prices starting from just RM160,000.

Happening on 16 & 17 August 2025 at Symphony Square, Petaling Jaya, the Volvo Executive Merdeka Sales will showcase a curated range of pre-owned Volvo vehicles from Volvo Car Malaysia’s corporate fleet, including cars used exclusively by the company’s management team.

Every car available for sale has undergone comprehensive testing and inspection under the Volvo Selekt Certified Used Cars programme, ensuring the highest standards of quality and reliability.

Some models have clocked as little as 5,000km, and every vehicle on sale remains covered by the balance of Volvo’s five-year unlimited mileage warranty, 24-hour roadside assistance, and digital services connectivity.

Volvo Selekt Certified Used Cars represents more than just pre-owned vehicles; it also introduces new customers to the premium ownership experience that Volvo is known for, offering the added peace of mind of a Volvo at a fair price. Each Volvo Selekt car undergoes a rigorous 125-point inspection, receives the latest software updates, and is fitted with genuine Volvo parts by trained technicians to ensure it meets Volvo’s uncompromising standards.

This year’s line-up offers something for every driver:
 The EX30, Volvo’s smallest SUV that is big on safety, technology, and performance – perfect for the modern urban lifestyle.
 The fully electric XC40 Recharge which combine cutting-edge technology, sustainable
performance, and Volvo’s renowned safety innovations.
 Volvo SUVs including the luxurious XC90 and XC60 for families seeking Scandinavian design and comfort.
 Rare finds such as the S60, S90 and V60 are also available in limited units on a first-come, first-served basis.

Furthermore, to make ownership even more accessible, Volvo Car Finance offers attractive packages with interest rates from as low as 2% and the convenience of same-day loan approval.

Pos Malaysia Lancar Semula ‘Program Take Back’ Untuk Kitar Semula Bungkusan Kurier Terpakai

Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia), penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional, melancarkan edisi kedua ‘Program Take Back’, satu inisiatif yang menggalakkan semua rakyat Malaysia untuk memainkan peranan aktif dalam mengitar semula bungkusan kurier terpakai mereka, dan menerima ganjaran atas usaha tersebut.

Bermula sekarang hingga 31 Ogos 2025, pelanggan yang membawa sekurang-kurangnya 20 keping bungkusan kurier terpakai termasuk polimailer, pembalut gelembung (saiz minimum 500cm2 setiap satu), dan kotak kadbod ke mana-mana 20 pejabat pos terpilih di seluruh negara akan menerima barangan eksklusif daripada Pos Malaysia.

Pejabat pos yang mengambil bahagian termasuk GPO Kuala Lumpur, GPO Shah Alam, GPO Johor Bahru, GPO Kuching, GPO Kota Kinabalu dan lain-lain (lihat senarai penuh di sini). Antara ganjaran yang ditawarkan ialah pen buluh, baucar Pos Shop, rantai kunci, pemegang kunci.

Bungkus dan beg guna semula.

Inisiatif ini, yang dijalankan dengan kerjasama .Bungkus, sebuah jenama kitar semula tempatan, menawarkan pendekatan inovatif untuk mengalihkan sisa bungkusan kurier daripada tapak pelupusan.

Plastik lembut yang dikumpul akan diolah semula menjadi aksesori fesyen, manakala kotak kadbod akan dihantar ke fasiliti kitar semula yang diluluskan. Kempen ini mencerminkan perjalanan berterusan Pos Malaysia dalam pelaksanaan pelan hala tuju kelestariannya yang lebih luas.

Menerusi inisiatif ini, syarikat memperkukuh komitmennya untuk mengurangkan pelepasan Karbon Skop 1 dan 2 sebanyak 50% menjelang tahun 2030, mengitar semula 50% sisa operasi, dan memastikan 80% bahan pembungkusan diperbuat daripada bahan kitar semula menjelang tahun 2025, sebagai sebahagian daripada aspirasi jangka panjang untuk mencapai pelepasan sifar bersih menjelang tahun 2050.

‘Program Take Back’ sulung pada tahun 2023 telah menarik perhatian lebih 200 pelanggan dan berjaya mengumpul lebih 170kg bungkusan kurier terpakai. Dengan menukar sisa harian kepada ganjaran yang bermakna, Pos Malaysia menjadikan usaha kelestarian lebih mudah diakses dan menarik untuk semua lapisan masyarakat.

Pos Malaysia menjemput semua rakyat Malaysia termasuk keluarga, pelanggan dalam talian, perusahaan kecil dan komuniti setempat untuk turut serta dalam inisiatif ini di seluruh negara. Kumpulkan bungkusan kurier terpakai anda, kunjungi mana-mana pejabat pos yang mengambil bahagian, dan sertai gerakan ke arah Malaysia yang lebih bersih dan hijau.

Sebagai peneraju progresif yang memperjuangkan kelesteraian dalam industri logistik Malaysia, Pos Malaysia berbangga dengan kemajuan yang telah dicapai ke aras masa depan yang lebih hijau.

Kami mengendalikan kenderaan elektrik (EV) terbesar di negara ini, dengan 1,252 motosikal elektrik dan 264 van elektrik yang telah menjelajah sejauh 4.4 juta kilometer, bersamaan dengan mengelilingi dunia sebanyak 110 kali. Armada kami dilengkapi dengan sistem telematik untuk mengurangkan pelepasan karbon, menakala 17 fasiliti bertenaga solar menyumbang kepada tenaga boleh diperbaharui yang semakin berkembang.

Dalam separuh pertama tahun 2025 sahaja, lebih daripada 18,700kg bahan kitar semula telah berjaya dialihkan daripada pelupusan melalui pelbagai inisiatif kitar semula. Usaha berterusan ini membuktikan kepimpinan Pos Malaysia dalam mendorong perubahan yang nyata dan dapat diukur dalam industri logistik, sejajar dengan misi jangka panjang kami untuk mencapai pelepasan sifar bersih menjelang tahun 2050.

Mövenpick KLIA Muncul Hab Hospitaliti Perniagaan Dan MICE Utama

Mövenpick Hotel & Convention Centre KLIA semakin mengukuhkan kedudukannya sebagai hab hospitaliti perniagaan terkemuka, sejajar dengan peningkatan permintaan terhadap kemudahan mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran (MICE) berhampiran lapangan terbang.

Dengan perjalanan perniagaan yang kembali rancak dan aktiviti MICE yang semakin pulih di rantau Asia Tenggara, Mövenpick KLIA muncul sebagai rakan strategik utama kepada syarikat korporat, penganjur acara antarabangsa serta organisasi rentas sempadan yang memerlukan lokasi strategik dan mudah diakses.

“Pengembara perniagaan hari ini mahukan lebih daripada sekadar lokasi berhampiran lapangan terbang. Mereka inginkan persekitaran yang menyokong produktiviti, kesejahteraan dan kecekapan,” kata Pengurus Besar Mövenpick KLIA, Rudi Fajar.

“Daripada bilik mesra perniagaan, hidangan halal yang diperakui, hingga suasana yang mendamaikan—semuanya direka untuk memenuhi keperluan korporat masa kini.”

Dengan peranan Sepang yang semakin penting sebagai penghubung antara Kuala Lumpur, Cyberjaya dan Putrajaya, permintaan terhadap hotel perniagaan berkonsep perkhidmatan penuh yang berhampiran lapangan terbang dijangka terus meningkat.

Rudi berkata, Mövenpick KLIA berada dalam posisi terbaik untuk memenuhi permintaan ini, terutamanya dalam sektor seperti penerbangan, logistik, teknologi kewangan (Fintech), dan urusan kerajaan serantau.

Hotel ini juga menjadi pilihan utama untuk program latihan kru kabin, acara berkaitan syarikat penerbangan dan persidangan antarabangsa yang memerlukan akses segera ke lapangan terbang serta kemudahan berskala besar yang selamat.

Dengan tumpuan yang semakin meningkat terhadap pelancongan patuh ESG dan perkhidmatan yang halal, gabungan kelestarian, sensitiviti budaya dan kecemerlangan hospitaliti menjadikan Mövenpick KLIA pilihan ideal untuk perjalanan korporat moden dan perancangan acara.

Terletak hanya 10 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2, lokasi strategik hotel ini menawarkan kemudahan maksimum kepada pelawat korporat yang mengejar masa, sama ada untuk penerbangan awal, mesyuarat serantau atau penginapan transit.

Kedudukannya yang berhampiran dengan koridor ekonomi utama seperti Cyberjaya, Putrajaya dan Lembah Klang turut menambah tarikan sebagai lokasi untuk persidangan, jelajah perniagaan dan acara berkaitan industri penerbangan.

Hotel ini menawarkan lebih 24 ruang acara fleksibel, termasuk dewan konvensyen utama yang mampu menampung sehingga 2,000 tetamu. Kesemua ruang dilengkapi dengan internet berkelajuan tinggi, sistem audio visual canggih dan susun atur tempat duduk yang boleh diubah mengikut keperluan—sesuai untuk konvensyen serantau, pelancaran produk, gala rangkaian dan sidang industri.

Keistimewaan lain ialah pusat konvensyen berdedikasi yang terletak bersebelahan bangunan utama, membolehkan penyelarasan acara berskala besar secara lancar. Pasukan acara dalaman dan juruteknik hotel menawarkan sokongan menyeluruh, manakala pakej sajian yang disusun khas menampilkan hidangan antarabangsa yang disahkan halal, memberikan sentuhan tersendiri kepada setiap majlis korporat.

Sebanyak 332 bilik dan suite disediakan, direka khas untuk memenuhi keperluan pengembara perniagaan moden—menggabungkan keselesaan dengan kemudahan fungsi.

Namun, apa yang benar-benar membezakan Mövenpick KLIA ialah etos perkhidmatannya yang unik—gabungan ketelitian Swiss dan layanan mesra Malaysia.

“Di Mövenpick, kami bukan sahaja menawarkan kemudahan—kami berikan ketenangan fikiran.

“Sama ada mesyuarat penting lembaga pengarah mahupun penginapan tergempar saat akhir, pasukan kami komited memastikan setiap pengalaman tetamu berjalan lancar dan kekal dalam ingatan,” katanya lagi.

HONOR Magic V5 Serendah RM70 Sebulan Menerusi Pelan Telco

Susulan kejayaan pratempahan dan jualan minggu pertama HONOR Magic V5, telefon boleh lipat ultra nipis baharu ini turut tersedia menerusi pelan pascabayar mampu milik daripada syarikat telekomunikasi CelcomDigi, Maxis, U Mobile dan Yes. Dengan hanya serendah RM70 sebulan, HONOR Magic V5 menjadi lebih mudah untuk dimiliki oleh rakyat Malaysia!

Dapatkan HONOR Magic V5 pada hanya RM126 sebulan dengan CelcomDigi!

CelcomDigi menawarkan HONOR Magic V5 pada hanya RM126 sebulan melalui CelcomDigi One UltraTM Pro. Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman sesawang CelcomDigi.

Miliki HONOR Magic V5 dengan harga bermula RM135 sebulan

Pelanggan juga boleh memiliki HONOR Magic V5 pada harga bermula RM135 sebulan dengan pelan Maxis Postpaid. Untuk maklumat lanjut tentang tawaran menarik ini, layari laman sesawang rasmi Maxis.

Nikmati tawaran HONOR Magic V5 bersama U Mobile

Dengan U Mobile, HONOR Magic V5 boleh dimiliki pada hanya RM139 sebulan! Pelanggan juga boleh menikmati penjimatan tambahan dengan pelan pascabayar pilihan mereka tanpa sebarang bayaran pendahuluan. Untuk butiran lanjut, kunjungi laman sesawang rasmi U Mobile.

Serendah RM70 sebulan untuk miliki HONOR Magic V5 dengan Yes!

Memang benar! Dengan Yes 5G, HONOR Magic V5 boleh menjadi milik pelanggan dari hanya RM70 sebulan! Dapatkan maklumat lanjut mengenai pelan menarik ini melalui laman sesawang rasmi Yes. 

HONOR Magic V5 – Naik taraf lebih baik, harga masih sama 

HONOR Magic V5 dijual pada harga RM6,999 dan hadir dengan RAM 16GB serta storan dalaman 512GB. Mengekalkan harga seperti model terdahulu, HONOR Magic V5 kini menawarkan prestasi dan ketahanan yang lebih unggul dengan skrin, badan dan engsel yang lebih kukuh. Ia turut menerima penarafan IP58 dan IP59 bagi melindungi peranti daripada debu dan kalis air.

Selain itu, HONOR Magic V5 juga menampilkan kapasiti bateri yang besar iaitu 5,820mAh dan Kamera Telefoto Periskop 64MP dengan keupayaan zum sehingga 100x.

HONOR Magic V5 juga dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 8 Elite terkini untuk pengalaman pelbagai tugas yang didorong AI berfungsi dengan lancar, sesuai untuk pelbagai senario seperti membuat kerja, membeli-belah dan mengembara dalam satu masa.

Last Chance To Pre-Order The Huawei Pura 80 Series

Whether you’re a mobile photography enthusiast or someone who simply wants a smartphone that stands out, this is your final chance to pre-order the all-new HUAWEI Pura 80 Series before it officially launches in Malaysia this 2 August 2025.

Designed to deliver next-level imaging performance and head-turning design, the Pura 80 Series brings together Huawei’s signature style, breakthrough hardware, and AI-driven innovation into one powerful flagship.

Leading the charge is the HUAWEI Pura 80 Ultra, the first smartphone in the industry to feature a Switchable Dual Telephoto Camera. Combining a 3.7x medium and 9.4x super telephoto lens into a single optical module, this system shares a large 1/1.28-inch sensor, allowing users to switch seamlessly between near and far, with full optical clarity and unmatched low-light performance.

Whether you’re capturing city skylines or cinematic portraits in soft evening light, the results are vivid, crisp, and beautifully detailed. For those who crave maximum light intake, the Ultra variant also features a 50MP 1-inch Ultra Lighting HDR Camera with a 16EV dynamic range, rivaling professional cinema cameras.

Complemented by an F1.6–F4.0 variable aperture and Huawei’s self-developed Triple Light Enhancement Technology, users can shoot richly layered backlit scenes, fireworks, or night markets with clarity and confidence.

Meanwhile, the HUAWEI Pura 80 Pro delivers flagship performance with a 1-inch Ultra Lighting Camera, a versatile Macro Telephoto Camera with 4x optical zoom and 100x digital zoom, and a dazzling array of finishes like Glazed Red, Glazed White, and Golden Black.

MOCCONA Kembali Sebagai Penaja Rasmi Jenama Kopi KLFW2025

Kembali untuk tahun keempat berturut-turut sebagai Penaja Rasmi Kopi bagi Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2025 (KLFW25), MOCCONA mengundang para pencinta fesyen dan penggemar kopi untuk menghayati dunia yang menyatukan gaya dan semangat, di mana setiap butiran direka khas untuk menyemarakkan detik penuh pesona.

Bakal berlangsung dari 4 hingga 10 Ogos 2025 di Esplanade KLCC Park, KLFW25 membuka lembaran baharu buat MOCCONA dengan menggabungkan budaya kopi premium dengan keindahan seni fesyen Malaysia.

Tahun ini, MOCCONA memperkukuh penghargaan terhadap ekspresi diri yang autentik, daripada cara kita berfesyen hinggalah cara kita menikmati kopi.

Sebagai sebahagian daripada kolaborasi ini, MOCCONA akan menaja segmen pertunjukan fesyen dua pereka inovatif tanah air – Joshua Fitton (Atelier Fitton) dan Ezzati Amira – bagi menampilkan koleksi yang menghidupkan keanggunan dan keabadian gaya yang menjadi identiti MOCCONA.

Kolaborasi ini menjadi sorotan istimewa dalam dunia fesyen tempatan, sekali gus meraikan para pencinta kopi yang menghargai seni dalam pelbagai bentuk. Bertemakan “Love the World You Have Created”, MOCCONA kekal memperjuangkan semangat cinta diri, kejelasan niat, dan keindahan dalam menikmati setiap detik kehidupan.

“KLFW merupakan kerjasama yang penting bagi MOCCONA kerana ia memberi peluang
untuk kami berhubung secara langsung dengan pengguna Malaysia yang paling kreatif dan berpengaruh dari segi cita rasa,” kata Fiona Tan, Pengurus Besar JDE Malaysia, pemilik jenama MOCCONA.

Post Menarik