Merchantrade Asia Sdn Bhd (Merchantrade), penyedia fintech dan dompet digital pelbagai mata wang di Malaysia, secara rasmi memperkenalkan penambahan had dompet digital
secara automatik kepada RM30,000 bagi pengguna Merchantrade Money yang layak.
Pelanggan yang sebelum ini mempunyai had dompet digital sebanyak RM20,000 akan dinaik taraf secara automatik kepada had maksimum baharu itu tanpa sebarang caj.
Penambahan ini seiring dengan tumpuan Merchantrade yang kini lebih terarah kepada keperluan sektor pelancongan, khususnya menjelang musim cuti hujung tahun yang menjadi tempoh kemuncak perjalanan, ketika rakyat Malaysia membuat persiapan untuk perbelanjaan yang lebih besar di luar negara.

Menurut tinjauan Malaysian Domestic & Outbound Travel Behavior 2025 oleh Tourism Malaysia, sebanyak 62.0% rakyat Malaysia melancong ke luar negara, dengan Indonesia, Thailand, China, Singapura dan Jepun antara destinasi pilihan utama.
Peningkatan had dompet digital ini memberikan lebih fleksibiliti kepada pelancong untuk menukar mata wang serta menguruskan tempahan bernilai tinggi dan perbelanjaan di luar negara melalui satu platform.
Pengasas dan Pengarah Urusan Merchantrade Asia, Ramasamy K. Veeran berkata, penambahan ini mencerminkan usaha kami untuk memahami corak perjalanan dan cara pelanggan menguruskan wang mereka.






































