vivo Malaysia hari ini mengumumkan pelancaran vivo V80 yang menggabungkan kehebatan pengimejan potret ZEISS bertaraf flagship, reka bentuk Starwish Purple yang menawan serta Bateri BlueVolt berkapasiti 7,200mAh yang berkuasa.
Menampilkan reka bentuk Flagship One-Piece Cold-Carved Glass, vivo V80 menyatukan elemen gaya, fotografi kreatif dan prestasi untuk kegunaan harian.
Bagi meraikan pelancarannya, vivo menjalin kerjasama dengan Immersify untuk menghidupkan keindahan Starwish Purple menerusi pengalaman imersif 360°. Diinspirasikan oleh reka bentuk telefon pintar yang berkilauan, pengalaman ini membawa para tetamu menyelami dunia Starwish Purple, melangkaui keindahan yang terserlah pada peranti itu sendiri, sekali gus menghidupkan semangat “Shine As We Are”.
Menjadi teras keupayaan pengimejannya ialah Kamera Super Telefoto ZEISS 50MP, dilengkapi dengan ciri ZEISS 100mm Center-Stage Portrait serta keupayaan rakaman video 4K 60fps pada kamera hadapan dan belakang.
Peranti ini turut memperkenalkan OriginOS 7 terbaharu daripada vivo, yang menawarkan pelbagai ciri produktiviti berasaskan AI yang lebih pintar, pilihan pemperibadian yang lebih menyeluruh serta sambungan lancar merentas peranti. Selain itu, ciri 72-Month Smooth Experience direka untuk mengekalkan kelancaran dan responsif sistem dalam jangka masa panjang.
vivo V80 kini boleh diprapesan di Malaysia pada harga bermula RM2,399, berserta tawaran eksklusif prapesanan bernilai sehingga RM2,042. Maklumat lanjut mengenai ketersediaan dan promosi eksklusif prapesanan akan diumumkan menerusi saluran rasmi vivo Malaysia.







































