Skyro, sebuah kumpulan kewangan digital yang berkembang pesat, telah melancarkan produk kredit pertamanya di Malaysia bagi menawarkan kaedah digital kepada pengguna yang layak untuk mengakses pembiayaan jangka pendek demi keperluan kewangan harian, daripada pembaikan rumah dan pembelian barangan keperluan sehinggalah perbelanjaan luar jangka.

Pinjaman tunai yang ditawarkan melalui aplikasi mudah alih Skyro ini membolehkan rakyat Malaysia memohon pembiayaan sehingga RM1,000 bagi pinjaman pertama, tertakluk kepada kelulusan, dengan tempoh bayaran balik selama empat bulan.

Proses permohonan dilakukan sepenuhnya secara digital, bermula daripada pengesahan identiti dan penilaian kredit sehinggalah kelulusan serta pengeluaran pinjaman, tanpa
perlu mengunjungi cawangan fizikal.

Syarikat ini berhasrat untuk meningkatkan had pinjaman secara berperingkat seiring dengan
pengukuhan hubungan bersama pelanggan, dengan matlamat jangka panjang untuk menawarkan pinjaman sehingga RM10,000.

Pelancaran ini menyusuli pengumuman Skyro pada September 2026 bahawa syarikat tersebut telah memperoleh kelulusan kawal selia daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk menyediakan perkhidmatan pemberi pinjam wang dalam talian di Malaysia.

Berbekalkan pengalamannya di Filipina, Malaysia merupakan pasaran Asia Tenggara kedua bagi Skyro. Memudahkan urusan peminjaman dengan ketelusan pada setiap langkah Warganegara Malaysia yang layak serta mempunyai MyKad yang sah dan pendapatan tetap boleh membuat permohonan melalui aplikasi Skyro dengan melengkapkan pengesahan identiti serta mengemukakan dokumen sokongan pendapatan.

Setiap permohonan dinilai secara individu berdasarkan pendapatan pelanggan, komitmen kewangan sedia ada, dan sejarah kredit, yang menyaksikan kebanyakan pemohon menerima keputusan dalam tempoh beberapa minit sahaja.

Sebelum menerima tawaran pinjaman, pelanggan boleh menyemak jumlah yang diluluskan, ansuran bulanan, jumlah keseluruhan bayaran balik, dan fi yang dikenakan. Pinjaman tunai ini mengenakan kadar faedah tetap sebanyak 1.5% sebulan pada masa ini, dan pelanggan juga diwajibkan menonton video pendidikan kredit sehingga selesai sebelum menandatangani perjanjian secara elektronik.

Sebaik sahaja diluluskan dan ditandatangani, dana akan dipindahkan ke akaun pilihan pelanggan, manakala tempoh kemasukan dana pula bergantung pada bank penerima.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini