Pemakanan yang seimbang bukan sekadar memenuhi keperluan nutrien tertentu atau memastikan pengambilan makanan “superfood” terkini. Sebaliknya, ia melibatkan keseimbangan nutrien yang mencukupi bagi memastikan tubuh menerima zat yang diperlukan secara konsisten untuk pertumbuhan, metabolisme dan pemulihan, di samping menyokong
kesejahteraan menyeluruh.

Tambahan pula, padanan makanan tertentu mampu mempengaruhi keupayaan tubuh untuk menyerap dan memanfaatkan nutrien yang terkandung di dalamnya.

Susan Bowerman, Pengarah Kanan, Pendidikan dan Latihan Pemakanan Global di Herbalife menjelaskan, “Dalam sains pemakanan, kombinasi makanan tertentu boleh mempengaruhi tahap penyerapan dan penggunaan nutrien oleh tubuh. Ini bermakna, anda boleh
mempengaruhi pengambilan nutrien melalui pemilihan padanan makanan yang bijak semasa waktu makan.

Salah satu cara paling mudah ialah dengan mempelbagaikan pengambilan makanan sihat secara konsisten, berbanding mengambil makanan yang sama setiap hari. Namun, terdapat beberapa kombinasi makanan tertentu yang memberikan manfaat lebih besar kepada tubuh berbanding jika dimakan secara berasingan.”

Pengambilan nutrien yang mencukupi amat penting untuk kesihatan dan kesejahteraan, dengan keperluan nutrisi yang berbeza mengikut peringkat kehidupan, termasuk remaja, dewasa dan warga emas.

Bersempena Hari Kesihatan Sedunia, Susan Bowerman berkongsi padanan makanan bijak serta cara mudah untuk mengaplikasikannya dalam rutin harian.

Sayur-sayuran berwarna pekat seperti bayam, lobak merah, lada benggala dan tomato mengandungi karotenoid, iaitu sebatian semula jadi tumbuhan yang bukan sahaja memberikan warna menarik, malah bertindak sebagai antioksidan. Sebatian ini larut dalam lemak, bermakna ia lebih mudah diserap oleh tubuh apabila diambil bersama sedikit lemak.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini