TV AlHijrah melakar sejarah tersendiri apabila diiktiraf sebagai stesen televisyen pertama di Malaysia yang mematuhi sepenuhnya syarat Lesen Hiburan Awam Kanak-kanak dan Orang Muda di bawah Akta Kanak-kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966.

Pengiktirafan ini bukan sekadar pencapaian pentadbiran, tetapi satu manifestasi jelas
komitmen TV AlHijrah untuk mengangkat standard industri penyiaran negara. Ia
membuktikan bahawa setiap program yang melibatkan penyertaan kanak-kanak dan
orang muda di stesen ini dirancang, diterbitkan dan disiarkan dengan penuh
tanggungjawab, selamat serta menepati garis panduan undang-undang.

Majlis penyerahan pengiktirafan ini disiarkan secara langsung menerusi program bual bicara pagi Assalamualaikum, yang turut menampilkan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), Kamal Pardi, sebagai tetamu khas bersama Ketua Pegawai Operasi TV AlHijrah, Nadzariah Mohamed.

Nadzariah berkata, pengiktirafan ini adalah bukti sokongan berterusan stesen terhadap usaha menjaga kebajikan bakat muda dalam industri penyiaran.

“Kami berbesar hati menerima pengiktirafan ini kerana ia membuktikan keupayaan TV
AlHijrah untuk menyeimbangkan nilai syariah dengan keperluan industri penyiaran moden.

Pematuhan terhadap Akta Kanak-kanak dan Orang Muda 1966 bukan sahaja menjamin
keselamatan bakat cilik negara, malah mengukuhkan lagi kedudukan kami sebagai stesen televisyen yang mendidik dan membina masyarakat,” katanya.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini