Produktiviti AI

● Reka bentuk ultra ringan dan mesra poket dengan engsel gred aeroangkasa, lebih nipis
berbanding model sebelumnya.
● Paparan lipat vivo yang paling terang dengan kecerahan puncak setempat sehingga
4500 nits (pada Paparan Utama dan Penutup).
● Bateri BlueVolt bersamaan 6000 mAh dengan 80W FlashCharge dan 40W pengecasan
tanpa wayar.
● Reka bentuk tahan lasak dengan perlindungan tiga kali ganda terhadap air, habuk, dan
suhu sejuk tinggi.
● Sistem pengimejan canggih hasil kerjasama dengan ZEISS, menetapkan penanda aras
baharu untuk fotografi telefon lipat.
● Direka untuk melancarkan produktiviti dengan ciri AI terkini.

vivo Malaysia mengumumkan pelancaran telefon pintar lipat pertama vivo di Malaysia, vivo X Fold5. Menggabungkan prestasi bertaraf mercu, reka bentuk premium, dan produktiviti dikuasakan AI, vivo X Fold5 mentakrifkan semula apa yang boleh ditawarkan oleh telefon pintar lipat.

Lebih ringan daripada telefon bertaraf mercu tradisional dengan hanya 217g, vivo X Fold5 menampilkan ZEISS Master Color Display, iaitu paparan paling terang dalam mana-mana telefon lipat vivo dengan kecerahan puncak setempat 4500 nits (pada paparan utama dan penutup) serta reka bentuk mesra mata.

Dibina untuk ketahanan jangka panjang, vivo X Fold5 menawarkan perlindungan tiga kali ganda termasuk Rintangan Air IPX8 & IPX9, Rintangan Habuk IP5X dan ketahanan suhu rendah sehingga -20°C.

vivo X Fold5 dikuasakan oleh Bateri BlueVolt bersamaan 6000 mAh, menyokong 80W Dual-Cell FlashCharge dan 40W Wireless FlashCharge, memastikan ia mampu bertahan walaupun pada hari yang penuh cabaran. Badannya yang ultra nipis berlipat 7 0.92 cm dan engsel kinematik baharu membolehkan lipatan yang lancar dan tahan lama untuk penggunaan berpanjangan.

Berat yang dinyatakan merujuk kepada varian Titanium Gray. Varian Feather White mempunyai berat 226 g.

Produk ini telah diuji di bawah keadaan makmal terkawal dan diberi penarafan IPX8 dan IPX9 mengikut piawaian IEC 60529-2013. Syarat ujian kalis air IPX8: Direndam dalam air tawar statik sedalam sehingga 1.5 meter selam maksimum 30 minit, dengan perbezaan suhu antara air dan peranti kurang daripada 5°C.

Syarat ujian kalis air IPX9: Kelajuan putaran (5±1) rpm, sudut muncung pada 0°, 30°, 60°, dan 90°, kadar aliran air (15±1) L/min, suhu air (80±5)°C, masa ujian 30 saat bagi setiap kedudukan, dan telefon diletakkan dalam kedudukan menegak dengan port
USB menghadap ke bawah.

Produk ini bukan telefon kalis air profesional. Rintangan terhadap percikan, air, dan habuk bukanlah kekal dan mungkin berkurangan dengan penggunaan harian. Jangan rendam telefon dalam air semasa penggunaan harian atau dedahkan kepada cecair seperti air laut atau minuman lain.

Jangan caj telefon ketika ia basah, sebaliknya bersihkan dan keringkan segera. Kerosakan akibat kemasukan cecair tidak dilindungi oleh waranti. Berdasarkan ujian yang dijalankan di makmal vivo, ini bukan jaminan kualiti untuk penggunaan harian.

IP5X bermaksud telefon tidak sepenuhnya menghalang kemasukan habuk, tetapi “habuk tidak boleh masuk dalam kuantiti yang boleh mengganggu operasi selamat”, menurut definisi kod IP. Keadaan sebenar mungkin berbeza sedikit
bergantung pada persekitaran ujian tertentu.

Direka untuk pengguna berkuasa, vivo X Fold5 memperkenalkan rangkaian alat produktiviti
berasaskan AI 8 yang meningkatkan tugasan multitugas, komunikasi, dan penciptaan
kandungan, menjadikan kerja dan aktiviti kreatif lebih lancar berbanding sebelum ini.

Reka Bentuk Ringan, Prestasi Hebat
Dengan berat hanya 217g, vivo X Fold5 ialah telefon pintar lipat paling ringan keluaran vivo
setakat ini, lebih ringan daripada banyak peranti bertaraf mercu tradisional. Dihasilkan dengan engsel kinematik yang ringan dan tahan lama bertaraf industri, ia mampu menahan sehingga 600,000 lipatan serta mengurangkan kesan lipatan skrin dengan ketara untuk prestasi yang lancar dan tahan lama sepanjang bertahun-tahun penggunaan.

Disokong dengan Rintangan Air IPX8 &aIPX9, Rintangan Habuk IP5X 10 dan Kaca Perisai
Generasi Kedua, vivo X Fold5 dibina untuk berfungsi dalam apa jua persekitaran, sama ada di bilik mesyuarat mahupun semasa perjalanan perniagaan.

Pengimejan ZEISS Menyerlahkan Inovasi Lipat

vivo X Fold5 ialah hasil terkini daripada kerjasama strategik bertahun-tahun antara vivo dan ZEISS, yang menggabungkan penyelidikan lanjutan, sistem pengimejan bersama serta
komitmen bersama untuk menyampaikan fotografi bertaraf profesional dalam setiap peranti.

Sistem Pengimejan hasil kerjasama vivo ZEISS dalam vivo X Fold5 menawarkan fotografi
telefon pintar bertaraf flagship dalam reka bentuk boleh lipat, dengan salutan ZEISS T untuk
mengurangkan silau dan bayangan imej, meningkatkan ketepatan warna serta memberikan
kontras yang lebih baik pada imej, menghasilkan “ZEISS Look” yang tersendiri:
● Kamera Telefoto ZEISS 50MP 12 dengan Zum Optik 3x dan HyperZoom 100x, dipacu
oleh sensor IMX882 bersaiz besar untuk butiran yang jelas walaupun dari jarak jauh.
● Kamera Utama Ultra-Sensing VCS Bionic 50MP dengan sensor Sony IMX921 dan VCS
True Color untuk ketepatan warna yang menakjubkan dan butiran yang halus.
● Kamera Sudut Ultra Lebar 50MP dengan medan pandangan 120° untuk tangkapan
landskap 13 , gambar berkumpulan, dan seni bina.
Penambahbaikan berasaskan AI turut memperhalusi imej pada tahap zum tinggi, menghasilkangambar bertaraf profesional dalam pelbagai situasi.
Kerjasama ini membolehkan pengguna merakam detik kehidupan dengan kejelasan dan
ketepatan warna yang luar biasa, tanpa mengira keadaan.

Kuasa yang Setaraf Dengan Anda
Dikuasakan oleh bateri BlueVolt bersamaan 6000 mAh, yang terbesar dalam mana-mana
telefon boleh lipat vivo, vivo X Fold5 menawarkan ketahanan luar biasa untuk penggunaan
harian. Dibina berasaskan teknologi bateri separa pepejal, ia memastikan penggunaan kuasa
yang cekap dan kebolehpercayaan jangka panjang. Dengan sokongan 80W Dual-Cell
FlashCharge dan 40W Wireless FlashCharge, pengguna sentiasa bersedia, dengan masa
menunggu yang lebih singkat dan lebih banyak masa untuk bertindak.

● Pay Later by Grab: Diskaun RM60 dengan perbelanjaan minimum
RM550 dan ansuran 0% sehingga 4 bulan (tawaran sah sehingga 30 September 2025)
● SPayLater: Pelan ansuran sehingga 12 bulan (caj bulanan 1.5% dikenakan untuk pelan
3 bulan ke atas)

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini