Bersiap sedia, IOI Mall Damansara! The Food Merchant, pasar raya gourmet terkemuka di Malaysia ingin berkongsi keterujaan mereka dengan mengumumkan perasmian pembukaan kedai runcitnya.

Ini merupakan cawangan kedua yang dibuka pada tahun ini, dalam masa sebulan, sekali gus membuktikan komitmen The Food Merchant dalam usaha memperluaskan pasarannya dan menyediakan tempat membeli-belah barangan dapur yang tiada tandingannya untuk masyarakat tempatan di serata Malaysia.

Terletak di tengah-tengah bandar Kota Damansara, cawangan baharu The Food Merchant di IOI Mall Damansara disasarkan untuk menjadi pasar raya pilihan komuniti setempat, di
mana ia menawarkan pelbagai pilihan produk segar, cita rasa global dan makanan kegemaran warga tempatan, kesemuanya di bawah satu bumbung.

Pelanggan boleh menikmati pelbagai pilihan kulinari yang menarik di samping menerokai seluruh pasar raya yang dipenuhi dengan pelbagai produk dari seluruh dunia. Kedai baharu ini beralih dengan lancar daripada jenama Village Grocer sebelum ini, dan menjanjikan pengalaman membeli-belah barangan runcit premium kepada para tetamu.

“Kami di The Food Merchant yakin bahawa perkhidmatan meluas dan rangkaian pelbagai
yang kami tawarkan akan memenuhi keperluan dan pilihan masyarakat di IOI Mall
Damansara,” kongsi Encik Ivan Tan, Pengarah Urusan The Food Merchant.

Komitmen kami sebagai kedai runcit utama melangkaui sekadar menyediakan barangan
runcit. Kami menyasarkan untuk mentakrifkan semula keseluruhan pengalaman membeli-
belah dengan mewujudkan persekitaran di mana pelanggan kami boleh meneroka dan
membeli produk terbaik dengan mudah,” tambah Encik Tan lagi.

Untuk meraikan pembukaannya, The Food Merchant menawarkan pelbagai tawaran
eksklusif bermula 17 Ogos 2025. Pembeli akan disambut dengan beg-beg hadiah atau
‘goodie bags’, tawaran istimewa, dan banyak lagi.

Tambahan lagi, The Food Merchant akan menganjurkan ‘Japan Fair’ atau Pesta Jepun dari
17 Julai hingga 3 Ogos 2025. Para pelanggan berpeluang mengimbas kembali kenangan
mereka di Jepun sambil membeli-belah dan menikmati pelbagai hidangan serta juadah asli
dari negara tersebut.

The Food Merchant IOI Mall Damansara akan menyediakan beberapa perkhidmatan seperti
membalut hadiah secara percuma, parkir troli beli-belah percuma, dan perkhidmatan
memotong daging dan menyiang makanan laut. Pelanggan turut boleh menikmati tawaran
dan ganjaran eksklusif dengan menyertai program keahlian "yes I do!" The Food Merchant.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini