Shell Malaysia menyambut ulang tahun ke-75 jalinan kerjasama bersama Ferrari, satu legasi yang dibina berteraskan inovasi, prestasi dan kepercayaan. Selari dengan semangat kolaborasi ini, Shell V-Power memacu keterujaan bulan Jun ini dengan sambutan seluruh
negara yang meraikan kuasa, ketepatan dan semangat perlumbaan.
Menerusi kempen ‘Feel It All’, Shell V-Power mengajak rakyat Malaysia merasai sepenuhnya keupayaan bahan api berprestasi tinggi ini, sambil mengumpul penyertaan untuk memenangi pengalaman pengalaman VIP Shell Motorsport yang eksklusif di Singapura, sekali seumur hidup.
Di sebalik pengalaman ini ialah Shell V-Power, direka dengan teknologi canggih, menawarkan peningkatan kuasa sebanyak 3.93%, pecutan sehingga 3.69% lebih pantas, dan dirumus khas untuk membersihkan 100% bahagian penting enjin agar kekal berprestasi seperti baharu.
Shell V-Power Racing, satu-satunya bahan api yang digunakan, dipercayai dan disarankan oleh Scuderia Ferrari HP, mengandungi sekurang-kurangnya 99% sebatian yang sama seperti bahan api Shell V-Power Racing yang boleh didapati di stesen Shell seluruh Malaysia, membawa prestasi terbukti di litar, terus kepada pemandu yang mahukan lebih dalam setiap perjalanan.

Pengurus Besar, Mobiliti & Kemudahan, Shell Malaysia, Seow Lee Ming berkata, Shell V-Power direka khas untuk mereka yang mahukan lebih dalam setiap perjalanan, lebih kuasa, lebih ketepatan dan lebih prestasi.
“Sebagai satu-satunya bahan api yang dipercayai oleh Scuderia Ferrari HP, ia melambangkan standard tertinggi dalam inovasi bahan api dan membolehkan rakyat Malaysia ‘Feel It All’ dalam setiap pemanduan.
“Melalui kempen ini, kami mahu membawa debaran dunia perlumbaan lebih dekat kepada
rakyat. Daripada bertemu pemandu Scuderia Ferrari HP, Lewis Hamilton dan Charles Leclerc, hinggalah merasai sendiri suasana di ‘paddock’, inilah cara Shell memberikan pengalaman yang benar-benar diidamkan pelanggan, iaitu detik yang tidak dapat dilupakan, dipacu oleh prestasi tiada tandingan,” katanya.
Dari 16 Jun hingga 10 Ogos 2025, pelanggan yang mengisi Shell V-Power atau membeli minyak enjin Shell Helix terpilih dan berdaftar sebagai ahli Shell Loyalty melalui Shell App atau BonusLink layak mengumpul penyertaan untuk memenangi pelbagai ganjaran menarik.
Pengalaman VIP Terunggul di Singapura
Enam pemenang bertuah akan menikmati ganjaran utama, iaitu pengalaman eksklusif di Singapura, menyaksikan dunia Shell Motorsport secara dekat, lengkap dengan akses istimewa dan layanan kelas pertama.
Barangan Bertandatangan & Akses Maya
Tiga puluh pemenang akan menerima topi pasukan Scuderia Ferrari HP 2025 yang bertandatangan dan berpeluang menyertai sesi soal jawab maya bersama pemandu Scuderia Ferrari HP, Lewis Hamilton dan Charles Leclerc, satu peluang istimewa untuk berinteraksi dengan pelumba hebat ini.
Menang Setiap Minggu. Ganjaran Premium.
Setiap minggu, 20 pemenang akan diumumkan, termasuk seorang pemenang utama yang akan dinobatkan sebagai Jutawan BonusLink. Sementara itu, 19 pemenang lain berpeluang memenangi topi pasukan Scuderia Ferrari HP 2025.
Cara Menyertai
Setiap pembelian RM80 untuk Shell V-Power 97 memberikan peluang untuk pelanggan mendapat 5 penyertaan. Tingkatkan pembelian ke Shell V-Power Racing pada RM100 untuk 10 penyertaan.
Atau seterusnya, beli mana-mana botol 4L minyak enjin Shell Helix Fully Synthetic terpilih dan dapatkan 15 penyertaan. Semakin premium pilihan anda, semakin tinggi peluang untuk menang.
Koleksi Eksklusif Ferrari dengan Shell Helix
Bagi meningkatkan lagi keterujaan, Shell memperkenalkan promosi tambahan bagi pelanggan Shell Helix. Dengan pembelian mana-mana 2 botol Shell Helix Power atau Shell Helix Ultra, pelanggan akan menerima model kereta Ferrari F1 SF-24 edisi terhad.
Malaysia merupakan pasaran pertama di dunia yang menerima model eksklusif ini, menjadikannya koleksi edisi terhad yag pasti menjadi rebutan peminat dan pengumpul barangan eksklusif Ferrari.






































