Blueshark, anak syarikat Sharkgulf Technologies Group dan pembekal skuter elektrik pintar yang tercanggih di dunia, secara rasminya telah merungkaikan skuter siri R Blueshark yang meliputi R1 dan R1 Lite, untuk pasaran Malaysia.

Skuter elektrik pintar Blueshark R1 membawakan teknologi bateri yang telah dipaten, di samping ciri-ciri perintis dan pelbagai opsyen pemilikan bagi menganjak paradigma kenderaan elektrik di Malaysia.

Jin Chan, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan (ASEAN), Blueshark Ecosystem Sdn Bhd berkata, “Skuter siri R Blueshark merupakan sebuah kemuncak dalam usaha kami untuk membawakan solusi-solusi yang lestari dan inovatif ke pasaran mobiliti urban.

Berbekalkan teknologi penukaran bateri serta aneka teknologi perintis, kami sedang memperkenalkan sebuah produk yang lebih hebat, namun mampu milik, bagi meluaskan aksesibiliti skuter elektrik pintar untuk seluruh lapisan masyarakat.

Visi kami adalah untuk mengubah kehidupan orang ramai, yakni dengan mengubah kaedah pengangkutan yang sedia ada, sambil memelihara kesihatan planet ini. Kami percaya bahawa Blueshark R1 memainkan peranan yang penting dalam menggalakkan mobiliti urban hijau menerusi penerimagunaan kenderaan elektrik beroda dua (2WEV) secara massa.”

Blueshark juga telah merungkaikan hasil dapatan yang sulung bagi Program Rintis Blueshark, di mana 50 penunggang khidmat penghantaran barangan/makanan telah membawa pulang skuter elektrik pintar R1 untuk menguji keupayaannya selama satu bulan di jalan raya Malaysia, serta menguji rangkaian Blueshark BlueStation (Stesen Penukaran Bateri) di stesen-stesen Petronas yang terpilih.

Program ini ingin mendemonstrasikan kebolehlaksanaan platform elektrik Blueshark bagi
kaedah pengangkutan singkat dan ekosistemnya, sambil memperkasakan pelbagai jenis organisasi untuk mencapai matlamat rendah karbon masing-masing.

Ahmad Razlan Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif EP Manufacturing Bhd (EPMB) berkongsi, “Semakin kami menginjak naik daripada peranan kami sebagai pembuat peralatan kepada
pemilik sebuah jenama, siri R Blueshark merupakan satu permulaan sahaja, dan kami mempunyai tanggungjawab untuk terus menginovasi dan memperbaiki produk-produk kami serta cara penghasilannya untuk memenuhi keperluan dunia yang kian berubah.

Transformasi bermula dengan idea, namun, transformasi yang sebenar dan yang berkekalan hanya dapat direalisasikan dengan amalan kita, dan EP Manufacturing Berhad bersedia untuk mengelektrifikasi hari esok, demi kepentingan kita semua dan juga syarikat ini, yang ingin memperkasa pemain-pemain industri lain untuk mencapai sasaran ESG mereka.