Pelancaran fasa kelima (2E) dan keenam (2H) pembangunan Sierra Hijauan mengukuhkan lagi reputasi IJM Land sebagai pemaju hartanah terkemuka di Malaysia.

Memandangkan kurangnya projek baharu bertanah, berpagar dan berpengawal dengan persekitaran hijau di sekitar kawasan Ampang, kewujudan Sierra Hijauan meletakkannya sebagai pembangunan ala resort dengan tumpuan terhadap gaya hidup yang seimbang.

Pengenalan dua fasa pembangunan yang amat dinanti-nantikan iaitu 2E dan 2H dilihat dapat meningkatkan lagi aspek gaya hidup di bandar Kuala Lumpur yang padat dengan pembangunan kediaman bertingkat.

Justeru, Sierra Hijauan yang dimajukan di atas tanah berkeluasan 32.77- ekar ini, hadir dengan penawaran hartanah berkepadatan rendah iaitu membabitkan hanya 310 unit kediaman.

Pelancaran Fasa 2E dan 2H merupakan kesinambungan pembangunan pantas Fasa 2C dan 2D yang telah dilancarkan pada 2021. Kedua-dua fasa yang telah dijual sepenuhnya ini menawarkan villa, unit berkembar serta banglo dijangka siap sepenuhnya mengikut jadual tahun depan.

KEJIRANAN BAHARU

Dengan nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM60,087,000, Fasa 2E baharu yang dimajukan di atas tanah berkeluasan 2.78-ekar ini menawarkan 25 unit kediaman berkembar 2 1⁄2 tingkat dan banglo tiga tingkat dengan harga bermula RM2,329,800 hingga RM3,339,800.

Fasa 2H yang lebih besar dengan keluasan 5.51-ekar membabitkan GDV RM116,123,400 pula, hadir dengan tawaran 78 unit kediaman villa berkembar 2 dan 2 1⁄2 tingkat yang ditawarkan pada harga bermula RM1,419,800 hingga RM1,785,800.

IJM Land juga dijangka melancarkan dua lagi fasa terakhir pada suku keempat tahun 2023.
Bagi 2E dan 2H, fasa ini menjanjikan kehidupan holistik yang menyepadukan antara kediaman kontemporari dengan keindahan alam sekitar.

Ia hadir bersama-sama susun atur yang fleksibel dan efisien serta standard pertukangan yang berkualiti tinggi. Lebih menarik, ruang peribadi yang disusun semula dengan aspek kesegaran sama menyediakan setiap kediaman dengan unsur ketenteraman, privasi dan ketenangan yang diperlukan.

Selain itu, kejiranan baharu ini juga akan berkongsi 22 kemudahan bersama seperti kolam
renang, dek meditasi, taman bercirikan air, kawasan yoga, taman teres, lata air dan laluan denai.

Di Sierra Hijauan, kebanyakan penduduk sering berkumpul di rumah kelab eksklusif yang menempatkan gimnasium serta bilik permainan dan bilik serbaguna. Selain itu, penduduk juga boleh beristirehat dengan tenang tanpa gangguan bagi memupuk serta menjalani rutin harian yang sihat.

Keselamatan menyeluruh penduduk dan pelawat menjadi aspek kehidupan penting di Sierra Hijauan, di mana mereka dilindungi kakitangan keselamatan terlatih 24 jam, kamera keselamatan di lokasi strategik, sistem pengesanan perimeter pencerobohan dan rondaan pengawal mengikut syif yang juga akan dilaksanakan di fasa baharu ini selepas pembangunannya siap.

AMAT DICEMBURUI

Nama Sierra Hijauan begitu sinonim di mana terletaknya projek berkenaan. Perkataan ‘Sierra’ merujuk kepada pelbagai gunung dalam bahasa Sepanyol, manakala ‘Hijauan’ pula perkataan Melayu untuk ‘hijau’.

Apabila digabungkan bersama, Sierra Hijauan secara kolektif merujuk kepada persekitaran berbukit hijau yang mengasyikkan sekali gus menjadikannya satu gambaran tepat tentang kehidupan harmoni bersama alam semula jadi.

Sierra Hijauan mengasimilasi dengan cukup lancar antara persekitaran dan ekosistem alam
semula jadi. Namun, apa yang boleh ditekankan adalah, penduduk masih memiliki akses kepada kesibukan dan kemeriahan kota yang terletak berhampiran dengan pembangunan ini.

Ia menjadikan satu destinasi yang sangat diingini ramai untuk membangkitkan kembali kehidupan penduduk dari segi minda, badan dan jiwa setelah mereka pulang dari kerja, mesyuarat, perjalanan serta kewajipan sosial yang lain.

Terletak bersebelahan dengan Rizab Hutan Ampang, Sierra Hijauan hanya 15km dari Pusat
Bandar Kuala Lumpur. Pembamgunan ini menawarkan ketersambungan terbaik kepada lebuh raya utama seperti Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Jalan Ampang, Lebuhraya Karak dan Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) akan datang.

Terdapat juga kawasan kejiranan yang matang seperti Taman Melawati, Setiawangsa, dan Wangsa Maju untuk diterokai, selain mendapatkan barang keperluan harian.

KEDIAMAN MASA DEPAN

Selepas mengukir nama menerusi Perbandaran Ukay Perdana dan kesinambungan jenama
projek sebelum ini seperti Sierra Ukay di Ampang, Sierra Hijauan meneruskan keunggulan dan keupayaan IJM Land dalam merancang dan melaksanakan pembangunan kediaman eksklusif, sementara mengekalkan kemewahan yang sama di Sierra Hijauan.

“Kami sangat berbangga melihat kemajuan berperingkat dan mantap Sierra Hijauan dan
berdasarkan pelancaran sebelum ini, kami yakin bahawa Fasa 2E dan 2H akan mencapai kadar pengambilan terbaik,” kata Chai Kian Soon, Pengurus Besar Kanan IJM Land.

“Sebagai pemaju hartanah terkemuka Malaysia, IJM Land berkembang dengan mengutamakan keperluan penduduk kami. Maklum balas yang luar biasa bagi setiap pelancaran baharu mengukuhkan lagi keyakinan bahawa kami memiliki permata berharga dalam projek yang menjadi tarikan kepada pemilik rumah yang sofistikated.”

Justeru, Fasa 2E dan 2H baharu adalah lanjutan daripada Sierra Hijauan yang disasarkan untuk menyediakan tempat perlindungan fizikal dan mental, selain menjadi santuari daripada tekanan yang tidak dapat dielakkan pemilik kediaman bandar.

“Ini dapat dicapai menerusi rekaan kediaman yang selesa, selain menyediakan kemudahan terbaik, yang mana kami percaya akan memberi pelbagai kelebihan ketara atau sebaliknya,” katanya.

“Kami mahu terus meningkatkan gaya hidup moden dengan memberi penekanan kepada keprihatinan, kesedaran, dan kehidupan lestari di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur.”