Kebanyakan penduduk kota semakin kepenatan dengan perkembangan kehidupan serba
moden di bandar. Meskipun pelbagai kemudahan bertaraf metropolis tersedia, mereka dilihat cuba ‘lari’ daripada kehidupan hiruk-pikuk bandar dan mencari ketenangan di persekitaran penuh kedamaian.

Berdasarkan inspirasi ini, pemaju hartanah Myra telah membangunkan Myra Gardens, sebuah perbandaran strata dan lestari.

Terletak di Kundang, Rawang, Myra Gardens dimajukan di atas tanah berkeluasan 70.6 ekar yang menempatkan 587 unit bertanah dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM440 juta.

Dibangunkan menerusi enam fasa pembangunan, setiap fasa ditampilkan dengan kediaman
yang mengiktiraf keajaiban alam semula jadi dengan cara yang sangat unik. Bagi pembeli
rumah yang meninjau hartanah di kawasan Kundang, pastinya akan teruja apabila mengetahui bahawa Myra telah mengumumkan pembangunan berelemen premium di perbandaran ini dan ianya dikenali sebagai Begonia.

Direka bagi memenuhi setiap keperluan anda

Begonia merupakan pembangunan fasa kedua di Myra Gardens, di mana projek ini menawarkan komponen kediaman dua tingkat berkembar yang membentangi kawasan
berkeluasan 7.26 ekar dengan GDV berjumlah RM62,772,000.

Projek ini tampil dengan dua pilihan susun atur iaitu Venosa dan Grandis yang boleh dipilih oleh bakal pembeli. Bagi Venosa, susun atur ini hadir dengan empat bilik tidur dan tiga bilik air dengan keluasan dari 1,854 hingga 2,121 kaki persegi dan saiz tanah dari 20’ x 70’ hingga 25’ x 70.’

Dengan harga bermula dari RM620,000, unit tengah yang tersedia menerusi susun atur Venosa ini didatangkan dengan ruang belakang seluas 10 kaki dan bilik belajar yang boleh dijadikan sebagai ruang bekerja dari rumah.

Bagi unit hujung pula, lebih banyak ruang tersedia di bahagian belakang unit. Selain itu, bilik tidur di tingkat bawah dan atas juga lebih panjang, dengan pelan reka bentuk ini dapat meningkatkan keboleh-capaian dan ruang lebih lapang untuk menampung keluarga yang memiliki ahli keluarga berusia.

Terdapat juga ruang keluarga yang menyediakan lebih banyak privasi kepada keluarga, selain kawasan terbabit boleh dijadikan sebagai ruang hiburan kedua selepas ruang tamu yang terletak di tingkat bawah.

Bagi pembeli yang cintakan alam sekitar, mereka pastinya gembira dengan kewujudan lorong tengah dan belakang yang berinspirasikan taman yang mewarnai kehidupan mereka dengan cahaya alam semula jadi dan hijau yang subur.

Sementara itu, bagi susun atur Grandis yang eksklusif, ia dibina berdasarkan titik jualan
Venosa, di mana 19 unit yang menghadap landskap berkualiti dan central park yang
ditawarkan.

Grandis yang menawarkan unit dengan luas binaan 2,157 kaki persegi, berserta empat bilik
tidur dan tiga bilik air, hanya terletak dalam jarak lingkungan 100 meter dari rumah kelab. Unit ini ditawarkan pada harga bermula RM808,000 dengan saiz tanah berkeluasan 20’ x 70.

Bagi meningkatkan lagi kemudahan penghuni, lanai belakang kediaman ini dihubungkan terus dengan taman permainan, selain landskapnya juga disepadukan dengan taman.

Melangkah ke dalam kediaman, penempatan susun atur ruang tamu yang unik membolehkan pemilik memiliki pandangan terus kepada keseluruhan landskap perbandaran.

Bilik tidur utama pula ditempatkan di bahagian belakang unit dan hadir dengan balkoni yang membolehkan pemilik menikmati pemandangan indah Myra Gardens.

“Myra Gardens berusaha memberi keseimbangan harmoni antara bandar yang berkembang
pesat dan aspek kedamaian kepada penduduk. Begonia, fasa pembangunan premium
merupakan usaha murni kami dalam menawarkan gaya hidup kontemporari, selain menjadi
tempat untuk anda beristirahat setelah seharian penat bekerja.

“Kami komited untuk mewujudkan kediaman yang sejajar dengan keperluan dan keinginan pembeli kami,” kata Akil Kalimullah, Ketua Jenama dan Budaya Myra.