Seramai 60 penjaja dari Hulu Langat, Selangor menyertai sesi terkini Program Latihan Pembangunan Penjaja Kecil Selangor yang diadakan pada 27 Januari 2023 untuk memperoleh kemahiran pendigitalan anjuran Platform Selangor (PLATS).

Seramai 708 penjaja dari semua 12 daerah di Selangor sudah dilatih mengenai impak
pendigitalan kepada ekonomi oleh Platform Selangor (PLATS) sejak Ogos 2022.

PLATS merupakan suatu inisiatif Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Menteri
Besar Selangor Incorporated (MBI), dan aturan latihan berkenaan adalah langkah proaktif
oleh kerajaan negeri untuk membantu rakyat meningkatkan perniagaan mereka menerusi
platform komuniti digital. Ia bermatlamat untuk menggerakkan usaha dalam kalangan
peniaga, penjaja dan peniaga runcit.

Latihan separuh hari berkenaan – yang lazimnya dikendalikan bersama rakan kongsi setempat termasuk Maybank, OCBC dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) –
memberi khidmat nasihat kepada vendor ini mengenai manfaat pendigitalan perniagaan
mereka.

Platform Selangor (PLATS) in collaboration with Shah Alam City Council have successfully hosted the Selangor Micro-Peddler Development Training Program.

Sehingga kini, ia memberi manfaat kepada individu daripada Program Latihan Pembangunan Penjaja Kecil Kuala Selangor (80), Subang Jaya (100), 109 individu
daripada program Kajang dan 177 peserta daripada cawangan Shah Alam.

Semua individu sudah menerima sijil daripada PLATS untuk membantu meningkatkan perniagaan mereka.

Dalam sesi terkini, kira-kira 50 peserta daripada Program Latihan Pembangunan Penjaja Kecil Kuala Langat terlibat. Dalam masa terdekat, lebih banyak latihan akan diadakan di
Majlis Perbandaran Klang (MPK), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Majlis
Perbandaran Selayang (MPS).

Maybank QRPay Booth

“PLATS membantu menyediakan platform untuk individu berkenaan mengembangkan dan
bergerak ke arah dunia digital. Dalam melaksanakannya, kami yakin bahawa peniaga,
penjaja dan peniaga runcit ini mampu menjadi lebih mampan di masa hadapan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif PNSB, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim.

Beliau berkata, program latihan berkenaan bertindak sebagai asas bagi pemilik perniagaan kecil terbabit untuk belajar – kemahiran teras (hard skills) serta kemahiran insaniah (soft skills) – dan ruang terbaik untuk mereka bertanyakan soalan dalam usaha memperoleh pengetahuan yang lebih jelas mengenai pendigitalan.

Latihan PLATS merangkumi topik pengurusan akaun media sosial, suntingan asas hantaran
media sosial, proses pengurusan tempahan dalam talian, penyesuaian Transaksi Tanpa Tunai, pendigitalan asas perniagaan dan pengenalan kepada PLATS.

The Selangor Platform (PLATS) has collaborated with the Shah Alam City Council in making the Selangor Micro Vendor Development Training Program a success.

Terdapat 12 bahagian sepanjang latihan manakala peserta memperoleh kesedaran dan maklumat dalam perjalanan mereka ke arah pemodenan ekonomi.

Raja Ahmad Shahrir Iskandar menekankan bahawa PLATS mengutamakan perkembangan peniaga dan peniaga runcit di negeri ini.

Menurutnya, pada masa hadapan program berkenaan mensasarkan untuk menambah baik laman sesawangnya: bagi menjadikannya lebih mudah dan selesa untuk peniaga dan pengguna, serta pembimbing dan penceramah latihan.