Tropang Thmer Cambodia : Pengerusi NGO Antarabangsa Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican berkata, lawatan beliau ke Cambodia tahun ini setelah 2 tahun sejak pandemik Covid-19 banyak telah mengubah keadaan persekitaran dunia tetapi pendidikan anak-anak perlu diteruskan kerana kedudukan negara ini khususnya penduduk masih lagi miskin dan daif.

Menurut Mustapha, beliau sempat melawat sebuah perkampungan Islam dalam daerah TbongKhmum kawasan terdapat ramai penduduk Islam sehingga sempadan Kemboja- Vietnam.

“Rata rata penduduk Islam bekerja dengan bercucuk tanam dan mengambil upah menoreh getah atau menanam padi. Mereka masih miskin mereka hidup bersama kaum lain seperti khamer dan cina kemboja seperti Kinsey.

“Kesedaran pendidikan kepada anak-anak amat penting bagi kaum Muslim di sini khususnya pendidikan Agama oleh itu atas kesedaran itu anak-anak dihantar ke sekolah,” katanya.

Menurutnya, kampung ini memerlukan sekolah yang sempurna supaya anak-anak dapat belajar dengan sempurna dan berharap ada warga Malaysia yang sudi menderma bagi menyiapkan Sekolah Agama kampung ini kerana bilangan pelajar kini 128 orang dan bertambah setiap tahun.

Mustapha (kiri) bersama Pengetua sekolah, ustaz Zaki Razif (tengah) ketika meninjau pembinaan sekolah

Sementara itu, Pengetua Sekolah, Ustaz Zaki Razif berkata, barangan yang diperlukan ketika ini ialah kemudahan tandas, kipas elektrik, tempat mengambil wuduk dan tangki air bagi menyiapkan sekolah ini bagi kemudahan murid-murid,” katanya.

“Mustapha seterusnya menyeru penderma Malaysia yang sudi menderma boleh hubungi beliau selaku NGO Antarabangsa,” katanya.