BMW Group Malaysia Persembahkan NEXTGen Malaysia – Sebuah Acara Kelestarian dan
Mobiliti Elektrik di Malaysia.

BMW Group Malaysia hari ini telah mengumumkan NEXTGen Malaysia – sebuah acara kelestarian dan mobiliti elektrik di Malaysia yang akan datang. Acara ini bakal menghimpunkan pelbagai organisasi, para usahawan, dan individu berpengaruh yang
berkongsi sentimen yang sama untuk menemukan solusi-solusi lestari.

Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkongsi, “Di BMW Group Malaysia, kami melihat kelestarian sebagai tanggungjawab bersama dan harus ditangani di setiap peringkat – yakni dari peringkat individu, korporat dan selanjutnya.

Sejajar dengan matlamat elektrifikasi nasional buat tahun 2022, NEXTGen Malaysia membidik untuk menawarkan aksesibiliti ke atas maklumat yang bukan sahaja berkisarkan mobiliti elektro, malah begitu juga dengan pelbagai sudut inovasi dalam bidang kelestarian bagi memperkasakan generasi Malaysia yang seterusnya.

Kami juga berbangga untuk menjalin kerjasama dengan organisasi-organisasi penting yang sedang membangunkan solusi-solusi lestari serta mencetus perubahan dalam industri masing-masing untuk NEXTGen Malaysia, di mana ilmu mereka yang berharga akan dikongsi dengan rakan-rakan industri yang lain serta warga umum.”

Acara yang diadakan secara fizikal ini akan dibuka kepada umum dan menjadualkan sesi
ucaptama, perbincangan panel serta pameran melibatkan pelbagai topik kelestarian, yang
antaranya meliputi tenaga bersih, fesyen segera, mobiliti elektro, pengurusan material, impak sosial dan banyak lagi.