Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk meningkatkan perkhidmatan dan memberikan pengalaman yang lebih baik kepada pelanggan, AXA Affin General Insurance (AXA) telah melancarkan AXA e-Claim untuk polisi kereta bagi menawarkan kaedah yang lebih mudah dan pantas untuk pelanggan mengemukakan tuntutan kereta mereka dalam talian.
Pelanggan tidak perlu lagi bergantung kepada cara manual seperti menyerahkan borang secara fizikal, atau merujuk kepada perantara dan pusat hubungan. Kini, pelanggan boleh mengemukakan tuntutan kereta mereka dengan mudah melalui Laman Web AXA (www.axa.com.my/claims) atau WhatsApp WA AAGI Claims.
AXA e-claim dilancarkan berikutan maklum balas pelanggan melalui tinjauan Kepuasan Pelanggan AXA yang telah dijalankan. Menurut Emmanuel Nivet, Ketua Pegawai Eksekutif AXA, maklum balas itu telah memberikan AXA maklumat dan peluang untuk meningkatkan pengalaman pelanggannya.
Perkembangan digitalisasi telah membuatkan para pelanggan menginginkan makluman pantas mengenai status tuntutan dan pembayaran yang dibuat oleh mereka. Penambahbaikan ini amat penting kepada AXA, sebagai penanggung insurans yang sentiasa memikirkan pelanggan dalam pembentukan strateginya.
“Pengalaman pelanggan megemukakan tuntutan ialah saat kritikal kami akan diuji, kerana pelanggan melihat kami sebagai rakan kongsi yang dipercayai untuk menunaikan janji kami dan mengurangkan kebimbangan mereka pada waktu kesukaran. Kami berharap inisiatif yang baru dilancarkan ini akan menyediakan pengalaman yang lebih cepat, bebas kerumitan dan telus dari mula hingga akhir proses tuntutan pelanggan kami,” kata Emmanuel.
Untuk penyerahan tuntutan kereta melalui WhatsApp, pelanggan hanya perlu mengambil gambar dan video maklumat yang diminta dan menghantarnya ke +603 2170 8282. Dokumen sokongan yang diperlukan untuk pelanggan telah diperkemas, manakala keseluruhan perjalanan dilakukan secara layan diri dengan bimbingan untuk membuatkan proses penyerahan lebih mudah dan pantas untuk pelanggan.
Ini juga akan mengurangkan tuntutan tertangguh disebabkan penyerahan dokumen yang tidak lengkapkerana pelanggan kini dimaklumkan tentang syarat-syarat yang perlu dipenuhi sebelum mereka menyerahkan tuntutan mereka. Paling penting, pelanggan terlibat dan dimaklumkan sepanjang proses penyerahan kerana AXA akan memaklumkan mereka melalui WhatsApp untuk mengemas kini status.
Pelanggan juga boleh menjejaki status tuntutan mereka dalam talian pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja melalui AXA Track Easy di laman web AXA. Proses yang dipermudahkan kini telah menambah baik proses pengendalian tuntutan lalu membolehkan AXA untuk mempercepatkan prosesan tuntutan dan proses pembayarannya. Dengan ini, AXA dapat memberikan keputusan tuntutan dan wang tunai untuk tuntutan yang diluluskan dalam tempoh 1 hari perniagaan untuk kerosakan kecil.







































