Berkolaborasi dengan pembekal amat penting untuk pengeluar telefon pintar. Adalah mustahil untuk mengeluarkan telefon pintar tanpa cip atau teknologi boleh dipercayai kerana akan menimbulkan risiko besar untuk tertinggal di dunia mudah alih.

Secara ringkasnya, impak pembekal terkemuka global perlu dipandang berat. Justeru, HONOR dari awal sudah menjalin hubungan kerjasama dengan semikonduktor teknologi terkemuka dunia Qualcomm.

Reputasi Qualcomm yang memenuhi semua keperluan peranti menjadikannya di tangga teratas sebagai inovator teknologi wayarlas terkemuka di dunia. Dengan Qualcomm, teknologi 5G dimungkinkan, membolehkan potensi kamera tahap profesional, peranti permainan mudah alih dan penyelesaian gabungan.

HONOR baru sahaja mencapai perjanjian terbesar dengan Qualcomm yang mampu
meningkatkan standard dalam dunia mudah alih.

Dengan adanya akses ke teknologi teratas Qualcomm dan juga teknologi terkenal
lain seperti Mediatek, Samsung, Microsoft, intel, AMD dan Micron, HONOR kini ke
arah beroperasi dengan berkuasa dan efisyen.

Ini membolehkan HONOR berkerjasama dengan teknologi terbaik serta belajar dari pakar terbaik dalam industri. Visi sedemikian dikongsi bersama mengenai pembangunan produk dan pembekal-pembekal ini amat berbesar hati untuk berkolaborasi serta memastikan idea-idea tersebut menjadi kenyataan.

Dengan menjalin hubungan dengan rakan terkemuka global ekosistem ini, rantaian
bekalan global dan juga peluang bekerjasama dengan rakan kongsi dari Amerika
Syarikat, Jepun dan Eropah kini dapat dicapai.

HONOR kini berkeras untuk membuktikan nilainya kepada rakan strategik ini melalui kemahiran teknikal kemampuan produk, kemahiran organisasi, dan pelan hala tuju strategik.

Bekerja dengan syarikat dan bakat terkemuka dalam industri adalah sesuatu yang
dibanggakan. Ianya membantu menaikkan HONOR sebagai jenama global terkemuka.

Dalam pada itu, HONOR akan bekerjasama rapat dengan rakan penyaluran dan
pengedarnya untuk memberi faedah lebih besar kepada semua. HONOR berkomited
untuk menyediakan pengalaman premium dan lebih baik kepada peminatnya di
seluruh dunia.

Ianya menerusi menaik tarf sistem runcit dan perkhidmatannya, membina struktur runcit sistematik, kolaborasi dengan rakan penyaluran duo dalam talian dan luar talian secara keseluruhan.

Dengan pelbagai kolaborasi, perkongsian dan perancangan akan datang, tiada yang
mustahil untuk HONOR mencapai demi penggunanya. Ini perjalanan istimewa yang
HONOR teruja untuk berkongsi dengan peminat setianya.

Dengan ini, HONOR pasti mencapai matlamatnya untuk menjadi jenama teknologi ikonik global dan membolehkan kehidupan pintar merentasi semua keadaan dan saluran untuk semua orang.

HONOR kini berada di kedudukan lebih tinggi sebagai jenama ikonik dengan menggabungkan senario kehidupan pintar dan saluran kepada konsumer untuk
mengalami. Lihat dan nikmati sahaja, HONOR pasti akan menjadi tumpuan lagi!