Kumpulan AmBank bekerjasama dengan MYDIN melancarkan Program Bantuan Makanan E-Wallet bagi golongan Miskin Tegar Bandar di Lembah Klang pada hari ini.

Objektif utama Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ini adalah untuk menjadi platform dalam mencapai masyarakat justeru menyediakan inisiatif bantuan makanan kepada kumpulan sasaran serta elaun untuk membantu mengimbangi kos barang makanan harian penting.

Sebanyak 100 keluarga yang terdiri daripada ibu tunggal dan suri rumah dikenalpasti dengan kerjasama Amanah Ikhtiar Malaysia dan PERTIWI, di mana mereka telah diskriminasi terhadap senarai kriteria dan dinilai secara bebas.

Setiap keluarga akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 untuk tempoh satu tahun, yang akan dikreditkan ke MyKad mereka dan boleh di guna pakai untuk membeli-belah di
MYDIN.

Turut hadir Naib Presiden Eksekutif, Komunikasi Korporat dan Pemasaran Kumpulan, Kumpulan AmBank, Syed Anuar Syed Ali, Pengarah Eksekutif, Mydin Mohamed Holdings Berhad, Ahimmat Mydin, Naib Presiden, PERTIWI, Alimah Salam, Pengarah, Komunikasi
Korporat, Amanah Ikhtiar Malaysia, Yaacob Omar, serta pengurusan kanan dan kakitangan Kumpulan AmBank dan MYDIN.

“Kami amat berbesar hati dapat melancarkan inisiatif mulia ini dengan kerjasama MYDIN dan mengambil peranan utama dalam mencapai masyarakat serta mempamerkan keprihatinan, kasih sayang dan komitmen kami dalam menangani pelbagai isu yang selaras dengan pembangunan komuniti yang mampan,” kata Dato’ Sulaiman Mohd Tahir.

“MYDIN percaya kerjasama yang bermakna bersama AmBank ini adalah satu pendekatan lembut dalam mencapai komuniti Miskin Tegar Bandar. Hubungan dua hala ini membuktikan bahawa sektor korporat mengambil berat dan kami akan terus memainkan peranan kami dalam memenuhi matlamat utama membantu masyarakat Tegar Bandar.

“Kami optimis bahawa amalan mulia ini akan menjadi contoh teladan kepada industri lain bagi melaksanakan peranan mereka ke arah kemakmuran negara bersama,” kata Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin.

Di samping program bantuan makanan, satu siri pemerkasaan wanita, keusahawanan, program celik kewangan dan ceramah motivasi akan dijalankan bagi membantu dan meningkatkan lagi taraf hidup keluarga. Selain itu, kelas tuisyen percuma dan kelas kemahiran Bahasa Inggeris akan dikendalikan untuk meningkatkan taraf pendidikan kanak-kanak yang kurang bernasib baik.

Program ini berada di bawah program AmKasih yang merupakan platform baru bagi inisiatif pembangunan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang mampan. Program AmKasih memberi tumpuan kepada capaian masyarakat dan menjadi payung untuk semua usaha Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Kumpulan AmBank dalam membantu masyarakat.

Kumpulan AmBank akan terus memainkan peranan CSR untuk komuniti secara keseluruhan tanpa mengira kaum, kepercayaan mahupun agama di mana kami menyumbang kepada pembangunan masyarakat yang mampan.

Pendekatan ini akan diteruskan dan menjadi teras dalam pendekatan kami kepada program
penjagaan masyarakat. Projek seperti ini membantu dalam memenuhi matlamat kami untuk memainkan peranan korporat yang berkesan sebagai warga korporat yang bertanggugjawab secara sosial.

Melalui Yayasan AmGroup, AmBank telah membelanjakan kira-kira RM2.3 juta
dari tahun 2009 sehingga 2016, dengan memberi manfaat kepada lebih daripada 2,000 keluarga di seluruh negara melalui Program CSR bantuan makanan dengan kerjasama MyKasih.