Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) memperkenalkan NISSAN Navara – Siri Hitam baru yang hadir bersama pelbagai bentuk penambahbaikan pada bahagian luaran, sekali gus menyerlahkan penampilannya sebagai sebuah ‘The Ultimate Pickup’.

NAVARA ditawarkan untuk varian VL, V dan SE. Siri Hitam merujuk kepada beberapa komponen yang dihitamkan. Ini termasuklah gril hadapan berwarna hitam matte yang garang, penutup eyelid lampu utama, bampar hadapan, perumah lampu kabus hitam matte, perumah cermin sisi, overfender hadapan dan belakang, sport bar dengan kemasan warna hitam pada lantai kargo. Selain kombinasi tempat duduk kemasan kulit berwarna hitam yang memberikan ambien mewah pada ruang dalaman yang luas.

“Komponen-komponen yang dihitamkan adalah trend baru dan sememangnya membuatkan NISSAN Navara – Siri Hitam baru lebih menyerlah. Dengan gaya yang agresif, kami percaya ia akan menjadi varian popular dalam kalangan pembeli trak pikap di Malaysia,” kata Pengarah Jualan dan Pemasaran ECTM, Christopher Tan.

Navara masih menawarkan prestasi pemanduan yang dinamik. Varian VL dilengkapi enjin turbo diesel intercooler bersesaran 2.5 liter yang mampu menghasilkan kuasa 190PS dan 450Nm tork. Ia dipadankan dengan transmisi automatik tujuh kelajuan yang pertama dalam kelasnya bersama mode manual untuk pecutan lebih lancar. Navara menjadi trak pikap Jepun pertama di Malaysia dipasang dengan sistem suspensi Multi-Link di belakang yang menawarkan tahap keselesaan dan pengendalian seperti sebuah SUV. Ia juga merupakan satu-satunya trak pikap yang menggunakan tempat duduk Sifar Graviti yang membantu mengurangkan keletihan pemandu dalam perjalanan jauh.

Komponen-komponen Siri Hitam dipasang terus dari kilang dan hadir bersama jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu).

NISSAN Navara –
Siri Hitam
2.5 VL Auto (RM) 2.5 V Auto (RM) 2.5 SE Auto (RM)
Semenanjung Malaysia 124,800 115,800 108,800
Sabah & Sarawak 126,800 117,800 110,800
Langkawi 118,600 110,000 103,500
Labuan 119,600 111,000 104,500

*Harga OTR termasuk GST (kecuali Langkawi dan Labuan), tanpa insurans

MEMILIKI NISSAN DAN TAKLUKI GALAKSI

ETCM telah memulakan Pusingan ke-2 Kempen Akhir Tahun bagi pelanggan yang membeli sebuah NISSAN berpeluang untuk memenangi percutian bertemakan STAR WARS: THE LAST JEDI ke Croatia.

Dengan tema ‘Memiliki NISSAN dan Takluki Galaksi’, kempen ini menawarkan rebat dan penjimatan yang mengagumkan sehingga RM8,000 ke atas model-model terpilih NISSAN. Promosi RM1 untuk pakej aksesori premium* juga diteruskan dengan rebat sehingga RM6,500* juga ditawarkan.

Orang ramai dijemput mengunjungi bilik pameran, Karnival Pandu Uji dan Siri Jelajah NISSAN untuk melihat sendiri NISSAN Navara – Siri Hitam baharu serta tawaran STAR WARS: THE LAST JEDI di lokasi-lokasi berikut:

Jadual Karnival Pandu Uji

Tarikh Wilayah Lokasi
9 – 10 Disember Tengah ETCM Petaling Jaya
9 – 10 Disember Timur ETCM Kuantan
9 – 10 Disember Selatan ETCM Seremban
9 – 10 Disember Utara ETCM Butterworth
9 – 10 Disember Sabah IMAGO Times Square, Kota Kinabalu
9 – 10 Disember Sarawak VIVACITY Kuching
16 – 17 Disember Utara ETCM Sitiawan
16 – 17 Disember Selatan ETCM Batu Pahat
16 – 17 Disember Sabah ETCM Sandakan

 

Jadual Siri Jelajah

Tarikh Lokasi
1 – 25 Disember MidValley Megamall (South Court), Kuala Lumpur
4 – 10 Disember VIVACITY Megamall, Kuching
8 – 10 Disember IMAGO Times Square, Kota Kinabalu
14 – 17 Disember Kuantan City Mall, Kuantan

 

Maklumat lanjut, sila layari laman web www.nissan.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan NISSAN ETCM di talian 1800-88-3838.

* Tertakluk kepada terma dan syarat

Mengenai Tan Chong Motor Holdings Berhad

Edaran Tan Chong Sdn Bhd (ETCM), anak syarikat milik penuh Tan Chong Motor Motor Holdings (TCMH) merupakan unit jualan dan pemasaran kenderaan Nissan di Malaysia. Pada tahun 1957, Tan Chong Motors dilantik sebagai pemegang francais kenderaan Nissan/Datsun di Malaysia. Kenderaan Nissan/Datsun kemudian menjadi jenama paling laris di Malaysia pada tahun 1970-an. TCMH disenaraikan di Bursa Malaysia Securities Berhad pada tahun 1974. Secara prinsipnya, kumpulan ini terlibat dalam aktiviti pemasangan dan pengedaran kenderaan. Bagi melengkapkan portfolio perniagaan auto TCMH, ia menawarkan rangkaian servis yang luas seperti perkhidmatan selepas jualan, pembiayaan sewa beli, pajakan, insurans dan pinjaman peribadi kepada para pelanggan TCMH di negara-negara ASEAN.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini