Rolls-Royce Cullinan, SUV Roll-Royce pertama yang diberikan nama sempena berlian terbesar yang pernah ditemui
ROLLS-Royce Motor Cars Kuala Lumpur memperkenalkan SUV paling mewah di Malaysia, Cullinan pada harga bermula dari RM1.8 juta.

Walau di atas jalan raya Kuala Lumpur ataupun di atas jalan desa Malaysia Timur, Cullinan menjanjikan pengembaraan baharu yang teramat mewah kepada pelanggan yang menggemari cabaran lasak.
David Kim, Pengurus Jualan Rantau Asia Pasifik untuk Rolls-Royce Motor Cars berkata, “Cullinan ialah model Rolls-Royce terbaharu yang paling dinanti-nantikan, terutama sekali di Malaysia, yang sesuai untuk pemanduan di jalan raya yang luas mahupun di jalan raya lasak (off-road terrain).
Pelanggan Rolls-Royce kini dapat membeli SUV mewah di Malaysia yang menawarkan penjelajahan ke mana-mana sahaja dalam penuh kemewahan sempurna dan bergaya.

Seperti model-model Rolls-Royce baharu yang lain, Cullinan dibina dengan kerangka unik ‘Architecture of Luxury’, yang mampu meningkatkan tahap prestasi, keselesaan dan penghalusan luar biasa dalam segmen SUV.”
Anas Zawawi Khalid, Pengarah Rolls-Royce Motor Cars Kuala Lumpur, berkata, “Kami sungguh teruja dengan ketibaan Cullinan. Banyak pelanggan kami menanti-nantikan kehadiran SUV paling mewah ini kerana keserbagunaannya, tahap mewah lampau dan keselesaan yang tiada tandingan, serta prestasinya di dalam jalan raya dan jalan raya lasak.
Kenderaan yang unggul ini berjaya menarik minat golongan pelanggan baharu yang lebih muda dan berkerjaya tinggi, serta menggemari cabaran dan kebebasan tanpa batasan dalam pengembaraan mereka.”

Kuasa dan penampilan
Cullinan berbadan tinggi mencecah 1,836mm, ketinggian yang dikukuhkan dengan nisbah kaca terhadap logam di bahagian sisi.
Roda 22-inci memberikan keseimbangan, manakala profil sisinya kelihatan seperti diasingkan oleh kepingan logam yang autentik dan ketara, seperti lembing Saxon, menuju ke arah bawah permukaan pintu lantas menyerlahkan lagi keindahannya pada bahagian sisi kereta.
Tema rekaan lampu belakang juga diringkaskan dengan dua unit menegak yang memancarkan cahaya dan dihiasi jalur aksesori yang nipis di tengah-tengahnya secara minimal.

Ciri fungsi yang terakhir ialah paip eksos logam dan plat kelincir yang terdedah, kedua-duanya melambangkan kuasa dan kebolehan Cullinan.
Rekaan Praktikal
Terdapat dua pilihan rekaan dalaman untuk model Cullinan. Dengan ruangan tempat duduk untuk tiga orang di belakang, versi lima-tempat duduk sesuai kepada mereka yang berkeluarga.
Keseluruhan tempat duduk belakang dapat dilipat secara elektronik, menghasilkan ruang muatan mendatar atau dalam muatan dalam pembahagian 2/3 dan 1/3, mengukuhkan lagi ciri praktikalnya.
Penumpang belakang masih boleh membawa muatan panjang, atau menggunakan tempat duduk belakang berkarpet sebagai meja apabila perlu, untuk meletak barangan peribadi berharga mereka.

Kompartmen belakang atau but memuatkan ruang sebesar 560 liter, atau 600 liter apabila rak ditanggalkan.
Apabila tempat duduk belakang dilipat, Cullinan dapat membawa muatan sepanjang 2245mm dan kapasiti muatan seberat 1930 liter – salah satu yang terbesar dalam segmen SUV mewah.
Dikonfigurasi Demi Kemewahan
Cullinan versi empat-tempat duduk yang dipamerkan di Kuala Lumpur, juga dikenali sebagai konfigurasi Tempat Duduk Individu (Individual Seat), memberikan tahap kemewahan tertinggi dalam segmen SUV.
Dua tempat duduk belakang diasingkan dengan Konsol Tengah Belakang Tetap (Fixed Rear Centre Console) yang digabungkan bersama kabinet minuman dengan gelas dan gelalang dekanter Rolls-Royce, gelas tinggi champagne dan kotak penyejuk.
Tempat duduk ini dilengkapi dengan sistem ventilasi dan fungsi urut, dan boleh digerakkan dalam beberapa satah demi keselesaan penumpang terutamanya semasa perjalanan yang jauh.

Seiring dengan keutamaan tema fesyen dalam kabin, bahagian fasia atas dibalut dengan kulit hitam ‘Box Grain’ kontemporari yang baharu – tahan lama dan kalis air serupa dengan kulit yang digunakan untuk membuat bagasi dan tas tangan mewah Itali.
Cullinan yang lebih kasual dan dinamik, grafik bentuk ladam ringkas lagi moden digunakan untuk menegaskan sokongan bantalan tempat duduk. Tempat duduk baharu ini membuktikan penguasaan kraf kulit Rolls-Royce yang tinggi kerana keseluruhan panel penyandar dibuat daripada sehelai kulit tunggal untuk mewujudkan permukaan tiga-dimensi.
Dalam konfigurasi Tempat Duduk Individu ini, sesekat kaca unik di belakang tempat duduk mengasingkan kabin penumpang dengan kompartmen belakang, merekodkan aras hingar yang terendah dalam sesebuah kabin SUV, manakala melindungi penumpang Cullinan daripada perubahan suhu walaupun kompartmen bagasi terbuka.

Teknologi terkini
Cullinan ialah SUV berteknologi paling maju di dunia. Selepas diaktifkan dengan kunci Bespoke, Cullinan merendahkan badan kereta sebanyak 40mm untuk kemasukan – melalui pintu koc yang unik – ke dalam kabinnya dengan mudah.
Penumpang memasuki kenderaan melalui pembukaan pintu yang luas, pintunya
berhendal sensitif sentuh menutup secara elektronik.
Di dalam kabin, penumpang Cullinan menikmati pemandangan melalui bumbung kaca panorama yang terkemuka dalam industri. Sistem audio Bespoke bergred studio dengan 18-pembesar suara, 18-saluran, sistem hiburan video berskrin sentuh serta meja piknik pengenalan Rolls-Royce meningkatkan lagi tahap kemewahannya.

Penumpang Cullinan boleh mengecas peralatan elektronik mereka melalui port USB di dalam kabin; sementara telefon dapat dicas secara wayarles di hadapan kabin.
Untuk pemandu, konsol pusat dengan alat kawalan Spirit of Ecstasy yang ikonik, butang “Off-Road”, butang Kawalan Turun Bukit (Hill Descent Control) dan kawalan pelarasan ketinggian Suspensi Udara (Air Suspension height adjustment controls).
Ciri keselamatan Cullinan tiada taranya: Penglihatan Malam (Night Vision) dan Bantuan Penglihatan (Vision Assist) termasuk amaran Hidupan Liar & Pejalan Kaki siang dan malam (daytime and night-time Wildlife & Pedestrian warning); Pembantu Kewaspadaan (Alertness Assistant), satu sistem 4-kamera dengan Pandangan Panorama (4-camera system with Panoramic View), penglihatan keliling termasuk pandangan helikopter,.
Kawalan Luncur Aktif (Active Cruise Control), amaran perlanggaran, amaran lalu lintas, pelepasan lorong dan amaran berubah lorong; paparan dongah industri beresolusi tinggi 7×3, kawasan khas (hotspot) WiFi, dan sistem navigasi yang terkini.

Kejuruteraan Sempurna
Di bawah Cullinan ialah suatu kerangka seluruh aluminium Rolls-Royce unik yang dipanggil ‘Architecture of Luxury’, memberikan kekerasan badan kereta yang luar biasa untuk prestasi terbaik di terain yang kasar, sementara mengekalkan keselesaan “Magic Carpet Ride” yang terkenal untuk Rolls-Royce.
SUV mewah yang terbaik di dunia ini turut dilengkapkan dengan suspensi udara empat-penjuru pelarasan automatik (self-levelling four-corner air suspension), sistem pacuan semua-roda yang sofistikated, sistem kemudi semua-roda, kerja semula menyeluruh enjin Rolls-Royce V12 turbo kembar 6.75 liter yang baharu (mencapai tahap tork 850Nm pada revolusi serendah 1,600rpm) dan transmisi lapan-kelajuan.
Apabila dipandu di luar jalan raya, suspensi udara terkawal elektronik menggunakan sistem pemampatan udara untuk menolak mana-mana roda ke bawah secara aktif apabila tarikan berkurangan – untuk memastikan setiap roda sentiasa menyentuh tanah dan tork maksima diagihkan kepada semua roda.

Alami pemanduan Effortless, Everywhere melalui satu cara sahaja, iaitu dengan menekan butang ‘Everywhere’, yang menawarkan empat program berlainan dalam mod pemanduan luar jalan raya.
Cullinan mempunyai kedalaman randuk (wading depth) yang paling dalam berbanding dengan SUV premium mewah (super-luxury) yang lain iaitu 540mm, dengan ketinggian kenderaan yang paling tinggi.
Ketelitian Rolls-Royce dapat disaksikan dengan adanya rekaan pintu koc depan dan belakang yang terletak di bawah ambang pintu Cullinan, untuk memastikan segala kotoran berada di luar pintu sahaja dan bukannya pada hujung kaki seluar penumpang.
Bespoke – Satu hidup, pelbagai gaya
Memandu ke lokasi terpencil hanyalah bahagian permulaan pengembaraan Rolls-Royce Cullinan.
Keseronokan lanjut sedang menunggu dalam Modul Rekreasi Rolls-Royce (Rolls-Royce Recreation Module).
Sebagai contoh: Setelah memilih suatu pengembaraan, pemilik memuatkan Modul Perlumbaan Dron (Drone Racing Module) ke dalam Cullinan, memilih modul ini daripada rak yang mengandungi beberapa jenis Modul Rekreasi yang telah dipilih khas oleh pemilik mengikut minat masing-masing daripada Rolls-Royce.
Memancing, fotografi, daki tembok, luncur salji, luncur payung terjun (parascending), luncur air (kite boarding), terjun tapak, luncur gunung berapi (volcano boarding), duduk berehat untuk menikmati pemandangan persekitaran, atau apa-apa jua aktiviti, Koleksi Rolls-Royce Bespoke menjadikannya kenyataan.
Ditempah daripada wakil jualan berdaftar kami dan dipasang ke dalam kompartmen belakang Cullinan dan disambungkan ke dalam sistem, setiap Modul Rekreasi mengandungi sebuah laci bermotor yang menempatkan peralatan dan perlengkapan khas mengikut pilihan setiap pemilik Cullinan.












































