Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia), penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional, hari ini meraikan Hari Pos Sedunia 2026 dengan pelancaran setem khas serta memperkenalkan kenderaan tiga roda elektrik pertama di Malaysia bagi penghantaran jarak akhir.

Inisiatif ini menggabungkan warisan pos negara dengan usaha berterusan syarikat untuk membangunkan rangkaian penghantaran yang lebih moden dan mampan.

Bertemakan“Satu Rangkaian Pos, Seribu Peluang”, sambutan ini menyerlahkan peranan penting rangkaian pos dalam mencipta peluang, memupuk keterangkuman dan menghubungkan individu, perniagaan serta komuniti merentasi sempadan.

Program tersebut merangkumi pelancaran Setem Khas Hari Pos Sedunia 2026, Anugerah Wira 2026, penyampaian hadiah dan pameran pemenang Pertandingan Folio Setem KESEF 2026, serta pengenalan kenderaan tiga roda elektrik sebagai tambahan kepada operasi penghantaran jarak akhir Pos Malaysia pada masa hadapan, tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa yang berkaitan.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Dato’ Seri Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi, bersama Datuk Imri Mokhtar, Ahli Lembaga Pengarah Pos Malaysia, serta dihadiri wakil agensi kerajaan, rakan industri dan Pasukan Kepimpinan Kanan Pos Malaysia.

Program ini turut mengiktiraf kecemerlangan perkhidmatan warga Pos Malaysia serta meraikan kreativiti dalam bidang filateli, di samping pelancaran setem khas dan pameran kenderaan tiga roda elektrik yang direka bagi meningkatkan keselamatan, kapasiti muatan bungkusan serta menyokong penghantaran tanpa pelepasan emisi ekzos di kawasan bandar berkepadatan tinggi.

Kesemua inisiatif ini mencerminkan transformasi Pos Malaysia daripada pengendali perkhidmatan pos tradisional kepada penyedia penyelesaian logistik dan penghantaran bersepadu yang menyokong ekonomi yang semakin berkembang.

Sampaikan hubungan, tingkatkan kehidupan Selama lebih 200 tahun, Pos Malaysia telah menghubungkan rakyat Malaysia melalui rangkaian nasional yang dipercayai. Hari ini, capaian jarak akhir kami yang tiada tandingan merangkumi lebih 11 juta alamat di seluruh negara, disokong oleh rangkaian lebih 3,000 titik sentuh yang menghubungkan rakyat dan perniagaan dari Perlis hingga ke Sabah dan Sarawak.

Berteraskan kekuatan ini, syarikat sedang melaksanakan transformasi menjadi kumpulan logistik dan perkhidmatanberteraskan bungkusan dan didayakan secara digital, dengan memanfaatkan data, kecerdasan buatan (AI) dan pemodenan rangkaian untuk meningkatkan kecekapan, kebolehpercayaan serta pengalaman pelanggan.

Transformasi ini telah menghasilkan pencapaian yang ketara di seluruh perniagaan, memperkukuh prestasi perkhidmatan, kepuasan pelanggan dan keterhubungan di seluruh negara.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini