Setiap sambutan Kemerdekaan menjadi lambang bahawa kekuatan Malaysia terletak pada kepelbagaian rakyatnya. Pelbagai komuniti, tradisi dan cita rasa bersatu padu bagi membentuk warisan budaya tanah air yang kaya.

Tahun ini, CHAGEE Malaysia meraikan semangat kebersamaan menerusi tema “Kraf”, di mana rakyat Malaysia disatukan di bawah langit yang sama menerusi kenikmatan teh, seni komuniti dan tradisi permainan wau.

Tradisi berkumpul sambil menikmati secawan teh sememangnya amat sebati dengan jiwa rakyat Malaysia. Sama ada berbual mesra sesama rakan lama atau berkongsi meja di premis yang sibuk, teh sejak sekian lama menjadi ruang pengerat antara pelbagai latar belakang.

Justeru itu, mengambil semangat Kemerdekaan dan kebersamaan rakyat yang bersatu di bawah satu bendera dan negara, CHAGEE mengambil inisiatif untuk membina saat di mana pelbagai lapisan masyarakat dapat meluangkan masa, mengeratkan hubungan dan meraikan warisan bersama – sama ada menerusi kenikmatan secawan teh, penghasilan seni komuniti atau keindahan menerbangkan wau bersama di taman.

Cita Rasa Seimbang Berinspirasikan Kraf Tarikan utama perayaan ini dimeriahkan dengan Seri Embun, minuman edisi terhad Vanilla Oolong Milk Tea yang diilhamkan daripada Kraf – warisan kraf tangan Malaysia yang menyatukan pelbagai elemen buatan tangan unik sehingga menjadi satu hasil seni yang lengkap.

Nama Seri Embun menggabungkan konsep keanggunan serta kesegaran embun pagi, sekali gus mencerminkan keseimbangan rasa yang lembut bagi minuman ini. Menerusi gabungan dua profil rasa yang berbeza, Seri Embun melengkapi keharuman teh Wuyi Da Hong Pao bersama kelazatan vanila Madagascar yang berlemak.

Bagi setiap hirupan, aroma berunsur flora disusuli dengan kemanisan karamel, sekali gus menghasilkan satu minuman yang seimbang tanpa mendominasi antara satu sama lain. Keseimbangan ini bukan sekadar pada rasa. Ia mencerminkan kehidupan seharian di Malaysia, apabila masyarakat pelbagai latar belakang bersatu menerusi sesi hidangan bersama, sembang santai sambil menikmati secawan teh.

“Menerusi Seri Embun, kami ingin menyatukan dua rasa berbeza dalam satu cawan dengan keseimbangan rasa yang sempurna. Teh Wuyi Da Hong Pao memberikan rasa yang mendalam, manakala vanila Madagascar melengkapkannya dengan sentuhan yang lembut. Kejayaan menghasilkan keharmonian rasa dalam setiap hirupan inilah perkara yang paling bermakna buat kami,” kata Eason Fang, Pengurus Besar CHAGEE Malaysia.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini