vivo Malaysia bakal memperkenalkan vivo V80 Lite 5G baharu, sebuah telefon pintar yang direka untuk mereka yang sentiasa aktif dan bergerak.

Dengan bateri BlueVolt berkapasiti besar 10,000mAh dalam badan yang nipis dan bergaya, ia memberikan kuasa untuk terus menjalani hari walaupun dalam cuaca panas Malaysia, daripada hari kerja yang sibuk hingga ke rancangan lewat malam tanpa perlu sentiasa mencari pengecas.

vivo V80 Lite 5G dilengkapi bateri terbesar dan paling berkuasa vivo setakat ini, yang menggunakan teknologi anod silikon generasi keempat serta Magic Cube Battery Packaging. Walaupun hadir dengan bateri berkapasiti besar 10,000mAh, peranti ini kekal nipis dan selesa dipegang untuk kegunaan harian.

Ia turut menyokong pengecasan songsang, membolehkan pengguna berkongsi kuasa baterinya dengan peranti lain apabila diperlukan. Kemudahan tambahan ini memberikan pengguna lebih fleksibiliti ketika berada di luar dan dalam perjalanan.

Direka untuk menghadapi cuaca panas Malaysia, vivo V80 Lite 5G memberikan kuasa yang stabil pada suhu sehingga 45°C, sekali gus membantu mengurangkan penggunaan bateri secara berlebihan apabila telefon digunakan dalam keadaan panas.

Sistem Penyejukan 3.8K Ultra Large VC turut membantu mengawal haba, manakala Battery Life Extender menyokong fungsi-fungsi penting walaupun tahap bateri rendah. Sama ada menggunakan navigasi di bawah terik matahari, membuat panggilan di luar atau kekal berhubung sepanjang hari, pengguna boleh menikmati prestasi bateri yang lebih konsisten walaupun suhu meningkat.

vivo V80 Lite 5G menggabungkan prestasi berkuasa dengan reka bentuk yang segar dan bergaya. Menampilkan bucu bulat, bezel ultra nipis serta paparan OLED 1.5K berukuran 6.83 inci yang besar, peranti ini menawarkan pengalaman tontonan yang mengasyikkan untuk bekerja, berhibur dan mencipta kandungan.

Tersedia dalam warna Afterglow Pink, Emerald Green dan Dawn Black, setiap pilihan warna tampil dengan gaya tersendiri untuk pengguna yang mahukan telefon yang sepadan dengan gaya hidup mereka.

Dengan gabungan prestasi bateri berkapasiti besar, 45°C Constant Power, keupayaan pengecasan songsang dan reka bentuk yang nipis, vivo V80 Lite 5G direka untuk memberikan kuasa yang boleh dipercayai serta kemudahan kepada pengguna sepanjang hari. Dan ini hanyalah permulaan, dengan lebih banyak lagi yang bakal dinantikan apabila vivo V80 Lite 5G dilancarkan secara rasmi di Malaysia.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini