Edisi ke-3 tawarkan lebih banyak hadiah untuk dimenangi sambil terus mendukung matlamat sebagai platform untuk menyokong pertubuhan amal Kempen ikonik Gaji Seumur Hidup anjuran Nestlé Malaysia kembali buat edisi ketiga pada 2026, menawarkan peluang lebih besar kepada rakyat Malaysia, sambil terus menyantuni pertubuhan amal yang berbakti kepada komuniti memerlukan.
Kempen tahun ini menawarkan ganjaran yang mampu membawa perubahan besar dalam kehidupan, dengan seorang pemenang Hadiah Utama bakal menerima RM3,500 setiap bulan seumur hidup. Di samping itu, dua pemenang Hadiah Pertama akan menerima RM3,500 setiap bulan selama dua tahun, manakala 18 pemenang Hadiah Sagu Hati akan menerima RM3,500 setiap bulan selama setahun.
Tambahan lagi, seramai 10,000 pemenang mingguan masing-masing akan menerima PIN Tambah Nilai e-Dompet Touch’n Go bernilai RM100, menjadikan jumlah keseluruhan hadiah bagi kempen ini melebihi RM4 juta.
Selain memberi ganjaran kepada pengguna, kempen ini juga akan menyumbang RM900,000 kepada 21 organisasi amal, meneruskan komitmennya untuk menyokong tujuan amal dan komuniti yang memerlukan.
Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia, Juan Aranols berkata, “KempenGaji Seumur Hidup sangat dekat di hati kami dan mencerminkan harapan, aspirasi dan realiti harian rakyat Malaysia.
“Bagi kebanyakan keluarga, pendapatan bulanan tetap boleh membantu menunaikan tuntutan dan komitmen harian, menjaga orang-orang tersayang, melabur dalam masa depan anak-anak dan membuat perancangan awal dengan lebih yakin.
“Apa yang menjadikan Gaji Seumur Hidup lebih bermakna ialah manfaat sampingan yang diterima bukan sahaja oleh para pemenang. Menerusi sokongan kami kepada pertubuhan amal, kempen ini memberi harapan dan peluang kepada komuniti memerlukan sambil mencerminkan komitmen kami untuk mencipta nilai bersama demi manfaat rakyat Malaysia,” katanya.





































