Meneruskan legasi reka bentuk bergaya ikonik siri V, vivo Malaysia memperkenalkan vivo V70 FE, menawarkan pengalaman flagship ringan bagi pengguna yang menghargai gaya premium dan prestasi hebat.

Dilengkapi dengan kamera 200MP Ultra-Clear Imaging yang ditingkatkan, bateri BlueVolt 7000mAh, ketahanan habuk dan air bertaraf IP68 dan IP69, serta prestasi keseluruhan yang dipertingkatkan, model terbaru dalam siri V ini sesuai untuk pelancongan singkat dan penghasilan kandungan harian.

Flagship Nipis dan Ringan Mengutamakan Gaya Sebagai Fokus Utama

Menggunakan Radiant Flow Process, vivo V70 FE menampilkan kilauan gradasi halus yang menambah personaliti pada reka bentuknya yang rapi dan minimalis.

Walaupun dilengkapi bateri berkapasiti besar, peranti ini kekal nipis dan ringan pada hanya 7.59 mm dan 200 g, memberi keselesaan ketika dipegang tanpa mengorbankan gaya atau kemudahan.

Modul kamera minimalis yang disusun secara menegak turut menyerlahkan penampilan moden dan kemas, menghasilkan aura premium.

Ditawarkan dalam warna Muse Purple, vivo V70 FE terus mengekalkan reka bentuk berpandukan fesyen vivo, melalui ekspresi warna yang unik, manakala pilihan lain seperti Ocean Blue dan Urban Silver memberikan variasi yang sesuai dengan gaya peribadi pengguna.

Kamera Berkuasa Menangkap Setiap Pengembaraan dengan Kejernihan Maksimum

vivo V70 FE dilengkapi Mod Resolusi Tinggi 200 MP, direka untuk menghasilkan imej yang jelas dan stabil untuk pegembaraan mahupun penggunaan seharian. Dengan sensor besar 1/1.56”, penstabil imej optikal bertaraf CIPA 4.0, dan zoom sehingga 30x yang dipertingkatkan pada telefoto, vivo V70 FE membolehkan anda merakam pemandangan luas dan butiran jauh dengan ketelitian tinggi, sambil mengekalkan setiap perincian dalam setiap tangkapan.

Dengan fungsi Ultra-Clear Photo Crop, anda boleh memotong dan menyusun semula pelbagai pemandangan daripada satu gambar, sambil mengekalkan setiap perincian dan ketajaman untuk menceritakan kisah atau menyampaikan mood yang berbeza. Walaupun dipotong berulang kali, kualiti imej kekal terpelihara, memberikan ketajaman luar biasa sehingga 900% zoom.

Ketersediaan

vivo V70 FE akan ditawarkan dalam varian berikut:

  • 16GB (8+8) + 256GB – RM1,599
  • 24GB (12+12) + 256GB – RM1,799
  • 16GB (8+8) + 512GB – RM1,999

RAM tambahan perlu diaktifkan melalui perisian, dan varian 16GB (8GB + 8GB) + 512GB hanya tersedia secara eksklusif melalui saluran dalam talian dan rakan telco terpilih.

Untuk menikmati tawaran eksklusif, vivo Malaysia menawarkan ganjaran istimewa kepada pelanggan yang membuat pra-tempahan vivo V70 FE di semua vivo Concept Store dan secara dalam talian dari sekarang hingga 17 April 2026.

Pelanggan akan menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM1,256, termasuk vivo Buds Air3 dan V Selection Watch V3, serta 365 Hari Waranti Lanjutan vivo Care dan 180 Hari Perlindungan Skrin vivo Care. Selain itu, pelanggan juga layak menikmati rebat pra-tempahan RM100 dalam tempoh ini. Hadiah percuma adalah terhad dan diberikan berdasarkan siapa cepat, dia dapat, selagi stok masih ada.

Selain itu, pelanggan juga boleh menikmati pelan bayaran ansuran 0% dengan pulangan tunai melalui rakan bank terpilih seperti Public Bank, OCBC Bank, UOB Bank, dan Affin Bank. Pelanggan yang memilih pelan ansuran 0% selama 12 atau 24 bulan layak menerima rebat RM100, tertakluk kepada terma dan syarat.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini