Syarikat ekosistem peranti AI terkemuka global HONOR, hari ini mengumumkan peletakan semula Siri N daripada kelas pertengahan kepada kategori peranti perdana.
Dengan menggabungkan perkakasan termaju dan fotografi komputasi canggih, Siri N akan datang menandakan lonjakan ketara dalam prestasi pengimejan, sekali gus menawarkan kejelasan, ketepatan dan fleksibiliti kreatif yang dipertingkatkan kepada pengguna.
Dikuasakan Cipset Tahap Snapdragon Elite untuk Prestasi Perdana
Seiring dengan jangkaan pengguna yang terus meningkat, HONOR tampil memenuhi keperluan ini dengan melengkapkan Siri N baharu dengan perkakasan bertaraf tinggi dan sistem pengimejan termaju.
Dengan integrasi cipset tahap Snapdragon Elite, peranti ini direka untuk membawakan teknologi terkemuka dalam industri serta inovasi AI. Langkah ini mencerminkan komitmen HONOR untuk menawarkan prestasi setaraf peranti perdana tanpa menjejaskan kreativiti mahupun kegunaan harian.

Kamera Telefoto Terbaik Dalam Segmen – Menghasilkan Imej dengan Kejelasan Lebih Baika
Siri N baharu membawa mendefinisi semula fotografi jarak jauh menerusi sistem telefoto yang dibangunkan semula, dengan peningkatan dari segi kuasa dan kejelasan berbanding generasi terdahulu. Sama ada menangkap latar langit atau syot kandid dari jauh, hasil menunjukkan perincian yang lebih tajam dan komposisi gred profesional merentasi pelbagai senario.
Teknologi Pengimejan AI Terkemuka dalam Industri Menghidupkan Setiap Detik
Hadir dengan peningkatan perkakasan dan perisian setaraf peranti perdana, Siri N baharu membawakan teknologi Pengimejan AI terkemuka dalam industri diterajui oleh ciri “AI Image-to-Video” yang dipertingkatkan.
Ciri ini memberi ruang kepada pengguna untuk meneroka kreativiti mereka dengan menghidupkan foto pegun dalam gaya sinematik. Selain itu, algoritma canggih ini turut mengubah kenangan statik bersama insan tersayang, rakan-rakan dan haiwan peliharaan menjadi detik yang lebih dinamik dan menyentuh emosi.
Rekaan Premium yang Diserlahkan menerusi Seni Pertukangan Cold Carving
Selaras dengan penjenamaan semula ini, Siri N baharu bakal tampil dengan bahasa reka bentuk yang diperbaharui dan lebih premium, diserlahkan melalui kejuruteraan berketepatan tinggi serta estetika yang lebih halus.
Dihasilkan menggunakan teknik cold carving termaju, peranti ini menampilkan kemasan yang anggun dan rapi, sekali gus meningkatkan ketahanan serta pengalaman sentuhan. Hasilnya ialah rasa genggaman yang lebih sofistikated, dengan keseimbangan antara keanggunan, ketahanan dan keselesaan yang mencerminkan mutu pertukangan setaraf peranti perdana.
































