Berbekalkan asas yang tersedia kukuh dalam inisiatif #ThinkTwice TikTok di Malaysia—yang telah meraih hampir 400 juta tontonan bagi kandungan pendidikan serta lebih 1.4 juta kunjungan ke hab pengetahuan berbilang
bahasanya.

TikTok kini memperluas usaha literasi digitalnya daripada sekadar kesedaran kepada tindakan bermakna melalui pelancaran #ThinkTwice Training.

Sebahagian daripada komitmen berterusan untuk membina komuniti dalam talian yang lebih berpengetahuan, #ThinkTwice Training merupakan siri bengkel ‘train-the-trainer’ yang direka bagi melengkapkan pemimpin komuniti dengan pengalaman praktikal berkaitan keselamatan dalam talian.

Mereka termasuk ibu bapa, pencipta kandungan, ahli akademik serta organisasi masyarakat sivil.

TikTok merancang untuk melaksanakan bengkel #ThinkTwice Training bersama pelbagai komuniti tempatan sepanjang tahun.

Sempena pelancaran sulungnya, TikTok bekerjasama dengan Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Forum Kandungan) dan Kumpulan Tindakan Ibu Bapa untuk Pendidikan (PAGE), yang berkongsi pandangan pakar tentang usaha membesarkan generasi digital yang bertanggungjawab.

Ketua Dasar Awam TikTok Malaysia, Firdaus Fadzil menegaskan: “Kami memahami bahawa ibu bapa mungkin berdepan cabaran untuk mengikuti perkembangan teknologi yang pantas.

“Oleh itu, kami ingin memudahkan urusan mereka. Akaun remaja di TikTok dilengkapi lebih 50 tetapan privasi dan keselamatan pra-tetap yang diaktifkan secara automatik, jadi ibu bapa tidak perlu bermula dari kosong.

“Namun, memandangkan setiap keluarga adalah berbeza, #ThinkTwice Training turut membantu ibu bapa memperoleh ketenangan fikiran dengan mempelajari cara menyesuaikan akaun remaja melalui ciri ‘Family Pairing’—semuanya hanya dengan beberapa klik.”

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini