AirAsia rewards mengumumkan kerjasama dengan Sungei Wang Plaza, salah satu destinasi membeli-belah ikonik di Kuala Lumpur, sebagai pengembangan menarik dalam ekosistem ganjaran mereka.

Melalui kolaborasi ini, ahli kini boleh mengumpul mata AirAsia bagi setiap pembelian di seluruh kedai runcit, makanan dan gaya hidup di pusat beli-belah tersebut.

Dengan setiap perbelanjaan di Sungei Wang Plaza, daripada makanan ringan sehinggalah pembelian besar, ahli berpeluang mengumpul mata AirAsia yang boleh ditebus untuk penerbangan, penginapan hotel, pengangkutan, dan banyak lagi melalui seluruh ekosistem AirAsia serta rakan gaya hidupnya. Ia merupakan Cara yang lebih mudah dan berbaloi untuk semua memanfaatkan setiap pembelian harian.

Selain itu, pelancong yang berkunjung ke Malaysia juga boleh menerima bonus ‘Selamat Datang’ berupa mata AirAsia, bersama pelbagai hadiah dan baucar menarik, bagi melengkapkan pengalaman membeli-belah mereka di Sungei Wang Plaza dengan mengisi borang di kaunter informasi di Aras Bawah.

Subashini Silvadas, Ketua Pegawai Operasi di Capital A berkata, “Dengan bekerjasama bersama Sungei Wang Plaza, sebuah destinasi di mana komuniti berkumpul dan membeli-belah, kami memperluaskan cara orang ramai boleh mengumpul mata AirAsia.

Matlamat kami adalah untuk membantu ahli memperoleh lebih banyak ganjaran dan menjadikan perbelanjaan harian mereka lebih bernilai. Kami sentiasa terbuka untuk meneroka peluang kerjasama lain yang selari dengan visi ini”.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini