Sentosa Jaya Capital Sdn Bhd, syarikat kewangan berlesen yang diiktiraf, mengumumkan pelancaran kempen khas bertemakan #ZeroChargesZeroWorries – Cagar Saham Tanpa Kos! melalui platform digital mereka, Saham2u.
Ketua Operasi Saham2u, Noor Hazimah Sain berkata, kempen ini bertujuan menggalakkan pelabur individu memanfaatkan pegangan saham mereka dengan cara yang lebih mudah,
patuh syariah dan selamat.
“Melalui kempen ini kami ingin membuka peluang kepada pelabur untuk mencairkan nilai daripada portfolio saham mereka tanpa sebarang beban faedah bagi mendapatkan modal kerja tanpa caj tersembunyi.
“Kami percaya bahawa konsep ini akan membuka peluang kepada lebih ramai pelabur untuk mengurus kecairan kewangan dengan ringkas, selamat dan selari dengan prinsip kewangan Islam,” katanya.
Kempen istimewa sehingga 23 Disember 2025 ini juga menawarkan peluang kepada para pemegang saham untuk mencagarkan saham mereka dan memperoleh tunai tanpa sebarang faedah, caj atau yuran tersembunyi bagi jumlah pinjaman sehingga RM5,000.
Saham2u juga berfungsi sebagai platform kewangan berasaskan teknologi (fintech) yang membolehkan pengguna mendapatkan kecairan segera tanpa perlu menjual pegangan
saham mereka.
Saham2u telah dilancarkan secara rasmi pada tahun lalu di Menara Kuala Lumpur oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan menerima
sambutan menggalakkan daripada para pelabur tempatan sejak penubuhannya.
Hazimah berkata, kempen #ZeroChargesZeroWorries dijangka bakal menarik lebih 500 pelanggan baharu secara dalam talian menjelang akhir tahun ini.




































