Vietjet, syarikat penerbangan terkemuka Vietnam, sekali lagi mengukuhkan kedudukannya sebagai syarikat penerbangan moden terulung Asia apabila diumumkan sebagai “Syarikat Penerbangan Terbaik Asia – Pengalaman Pelanggan 2025” di anugerah berprestij World Travel Awards (WTA).
Pengiktirafan ini menegaskan peranan penting Vietjet dalam memperkukuhkan hubungan udara antara Malaysia, Vietnam dan rantau Asia-Pasifik yang lebih luas.
Dikenali sebagai antara anugerah paling berprestij dalam industri pelancongan dunia, World Travel Awards memberi penghargaan kepada pencapaian cemerlang melalui undian daripada para profesional industri serta pengembara di seluruh dunia, termasuk rakyat Malaysia.
Pengasas World Travel Awards, Graham E. Cooke berkata, Vietjet terus menjadi penanda aras dalam perkhidmatan pelanggan sektor penerbangan, dan gembira kerana komuniti pelancongan serta orang ramai telah mengiktiraf kecemerlangan ini dengan mengundi Vietjet sebagai ‘Syarikat Penerbangan Terbaik Asia – Pengalaman Pelanggan 2025’.
Pengarah Urusan Vietjet, Nguyen Thanh Son berkata, pihaknya amat berbesar hati menerima pengiktirafan daripada World Travel Awards tiga tahun berturut-turut.
Anugerah ini merupakan penghargaan tulus kepada ratusan juta penumpang serta seluruh pasukan Vietjet yang telah mempercayai, menyokong, dan bekerja keras bagi menyediakan pengalaman penerbangan yang luar biasa. Vietjet akan terus memperluaskan rangkaian globalnya bagi menawarkan perjalanan yang moden, selesa, dan menginspirasikan.”
Beroperasi dengan lebih daripada 170 laluan penerbangan menggunakan armada moden, Vietjet telah menerbangkan lebih 250 juta penumpang sehingga kini, sambil terus menyediakan perjalanan yang selamat, mampu milik dan menghubungkan masyarakat serta budaya di seluruh dunia.
Syarikat penerbangan ini juga mempertingkatkan pengalaman penumpang melalui inovasi, termasuk pelancaran Kelas Perniagaan, program kesetiaan SkyJoy, perkhidmatan membeli-belah dalam penerbangan, penyelesaian digital, serta pembantu maya berkuasa AI bernama Amy.
Vietjet turut memperluaskan peluang kepada rakyat Malaysia untuk menerokai Vietnam dan destinasi menarik di seluruh Asia-Pasifik. Pada masa ini, syarikat penerbangan tersebut mengendalikan penerbangan harian dari Kuala Lumpur ke Hanoi dan Ho Chi Minh City, dua bandar metropolis terbesar Vietnam.


































