Bersempena lebih lima dekad MAGGI® bersama rakyat Malaysia, program Wanita Cukup Berani (WCB) kini kembali untuk tahun keempat.

Inisiatif ini menjadi inspirasi kepada wanita Malaysia untuk mengenal potensi sebenar, mengejar cita-cita dan berani melangkah ke hadapan demi diri dan komuniti dengan kepercayaan bahawa keberanian dan makanan yang menyatukan mampu mencetuskan perubahan besar.

Berteraskan semangat Tak Kenal, Tak Cinta, WCB telah membina ekosistem sokongan
daripada bimbingan, latihan digital dan keusahawanan, hingga jaringan komuniti mampu membantu wanita terus berkembang walaupun selepas menamatkan program.

Sejak dimulakan, WCB telah memperkasakan lebih daripada 4,000 wanita di serata Malaysia dan bertekad untuk memperkasakan 10,000 wanita di seluruh negara menjelang 2026 dan melahirkan sekurang-kurangnya 20 usahawan makanan baharu.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, menekankan bahawa WCB memperlihatkan matlamat negara untuk memperkasakan wanita, merapatkan jurang kesaksamaan dan meningkatkan ilmu digital.

“Saya amat berbangga melihat program MAGGI® Wanita Cukup Berani menzahirkan
visi ini. Berkat latihan kemahiran, galakan dan juga peluang untuk mencuba sesuatu yang baharu.

“Sesungguhnya apabila wanita menyedari keupayaan sebenar masing-masing,
mereka akan mula menghargai perjalanan mereka sendiri, dan memupuk keberanian untuk melangkah lebih jauh lagi,” katanya.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini