Perodua kini mengorak satu lagi langkah ke hadapan ke arah menggabungkan Mobility as a Service (MaaS) menerusi platform super App: P-Circle.

“P-Circle menawarkan mobility as a lifestyle kerana ciri-ciri yang ditawarkan merangkumi sebahagian besar perkhidmatan dalam talian kami di bawah satu super app,” Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad.

Beliau berkata, kepelbagaian yang dibuat ke arah perniagaan berasaskan teknologi ini adalah selaras dengan matlamat masa hadapan kami dan industri automotif kerana
pengguna kini memilih untuk menyambungkan kenderaan mereka mahupun rumah
mereka dengan Internet.

“Kami menjangka bahawa integrasi seperti ini akan menjadi lebih kukuh untuk tempoh beberapa tahun akan datang dan kami mahu membuktikan bahawa kami boleh berinovasi dengan menyediakan semua perkhidmatan yang diperlukan oleh pelanggan kami – selaras dengan falsafah “We Go Beyond” kami,” katanya.

Komponen utama dalam MaaS adalah untuk menawarkan penyelesaian fleksibel kepada pemandu berdasarkan keperluan perjalanan mereka dan pakej yang kami tawarkan memenuhi keperluan itu.

Selain itu, antara komponen utama lain dalam P-Circle adalah e-wallet P-Duit, yang membolehkan transaksi pembayaran yang dibuat di dalam negara menjadi bertambah mudah.

“Ciri ini bakal memberi manfaat kepada mereka yang mahu memilliki EV (kenderaan elektrik) pertama kami kerana kami telah memeterai perjanjian dengan semua pengendali stesen pengecasan yang telah bersetuju untuk menerima pembayaran daripada e-wallet kami,” katanya lagi.

Menurutnya, ciri P-Vehicle hanya boleh digunakan selepas pelancaran EV Perodua manakala ciri P Guardian pula berfungsi sebagai aplikasi pemantauan yang ditawarkan bersama dengan P Charge yang mana pengguna boleh memantau keadaan rumah mereka menerusi kamera yang ada pada P Charge.

Aplikasi P-Circle boleh dimuat turun menerusi Apple App Store dan Google Play App manakala fungsi pengecas mudah alih dan jam pintar boleh dibeli di mana-mana Pusat Servis Perodua di seluruh negara.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini