HONOR dengan bangganya mengumumkan Siri HONOR X9 telah menerima anugerah ‘Telefon Pintar Kelas Pertengahan Paling Laris’ dari ASEAN Records, sebuah organisasi berprestij yang mengiktiraf pencapaian luar biasa di seluruh Asia Tenggara.
Pengiktirafan ini menyerlahkan prestasi jualan cemerlang model HONOR X9a, X9b, dan X9c dalam pasaran telefon pintar kelas pertengahan di Malaysia.
Sebagai platform penyimpanan kejayaan serantau yang berwibawa, ASEAN Records meraikan pencapaian yang mempamerkan inovasi, kecemerlangan, dan pengaruh di Asia Tenggara.
Pengiktirafan ini juga mengukuhkan lagi kehadiran dan impak HONOR yang semakin berkembang dalam industri teknologi di rantau ini. Pada masa sama, menandakan komitmen teguh HONOR terhadap kecemerlangan produk, inovasi berterusan, dan kepercayaan yang semakin meningkat daripada pengguna Malaysia di seluruh negara.

Anugerah ini telah disampaikan oleh Pengarah Urusan ASEAN Records, Gillian Ooi dan Eldrick Koh, kepada Tan Pei Ling, Ketua Jualan Saluran HONOR Malaysia di Jerayawara HONOR X9d 5G di IOI Mall Puchong, hari ini.
Sejak diperkenalkan di Malaysia pada 2022, Siri HONOR X9 telah menampilkan prestasi luar biasa di semua saluran runcit dan dalam talian secara konsisten. Siri ini dengan pantas mendapat sambutan popular dalam kalangan pengguna kerana rekaanya yang mengutamakan ketahanan, kekukuhan, dan prestasi tinggi.
Ciri-ciri tersebut menyaksikan bahagian pasaran Siri X9 mencatat lonjakan yang ketara, daripada 33% pada 2023 kepada 56% pada 2025. Hari ini, satu daripada setiap dua telefon pintar kelas pertengahan yang dijual di Malaysia adalah model daripada Siri X9, sekali gus mengukuhkan dominasinya dalam segmen tersebut.
Selain itu, HONOR X9d 5G yang baharu dilancarkan telah menetapkan penanda aras baharu apabila habis dijual semasa tempoh pra-tempahan. Pencapaian ini berjaya mengatasi jualan pra-tempahan model terdahulu, iaitu X9c, seterusnya memperkukuh kehadiran HONOR dalam pasaran kategori pertengahan menjelang jualan hari pertama X9d 5G di seluruh negara hari ini.
HONOR X9d 5G kini boleh dibeli di kedai di seluruh negara. Varian dengan storan RAM 24GB (termasuk HONOR Turbo RAM 12GB) dan storan 256GB dijual pada harga RM1,499. Manakala storan 512GB pula berharga RM1,699.
Setiap pembelian didatangkan dengan pakej hadiah PERCUMA bernilai RM946 yang merangkumi jam tangan pintar HONOR Watch 2i, Perlindungan Retak Hadapan dan Belakang 365 Hari, Jaminan Lanjutan 1 Tahun, dan Jaminan Perlindungan Kerosakan Cecair 1 Tahun.