Herbalife, sebuah syarikat, komuniti dan platform kesihatan dan kesejahteraan yang terulung, telah mengumumkan pelancaran TurmeriX 336mg di Malaysia untuk terus meluaskan portfolio produk pemakanan berlandaskan sains dengan formula yang menyokong kesihatan sendi.
Produk terbaharu ini dihasilkan untuk melegakan kesakitan dan menyokong daya pergerakan sendi yang sihat.
Pelancaran produk diadakan seiring perkembangan masa memandangkan pengambilan makanan tambahan atau suplemen kini sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan harian di Malaysia.
Menurut Tinjauan Suplemen Kesihatan Asia Pasifik 2025, yang melibatkan 1,000 responden Malaysia, didapati bahawa 43% daripada rakyat Malaysia mengambil makanan tambahan setiap hari, dengan 64% mengambil lebih daripada satu jenis suplemen untuk menjaga kesihatan mereka.
Kesihatan am dan keimunan kekal sebagai keutamaan, diikuti rapat oleh tumpuan meningkatkan tenaga dan fokus, dan keperluan berkaitan kecantikan. Kapsul juga merupakan salah satu kaedah pengambilan paling disukai, menjadikan TurmeriX
336mg pilihan sesuai bagi gaya hidup Malaysia.
Steven Chin, Pengarah Kanan dan Pengurus Besar, Herbalife Malaysia dan Singapura, berkata, “Rakyat Malaysia sudah lama yakin terhadap kunyit, bukan sahaja dalam masakan, tetapi juga dalam ubat tradisional yang digunakan sejak turun-temurun oleh
ibu bapa dan datuk nenek kita.
Menerusi TurmeriX 336mg, kami telah mengambil ramuan yang tidak asing ini dan menjadikannya lebih berkesan dengan cara yang mudah dan semula jadi untuk memberikan rakyat Malaysia sokongan kesejahteraan keseluruhan yang diperlukan, dalam bentuk yang serasi dengan rutin harian mereka.