Bagi meraikan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-68 serta memperkukuh kedudukan jenama tempatan, AirAsia MOVE (MOVE) memperkenalkan kempen sebulan bertemakan “Celebrating Malaysia”.

Bermula hari ini hingga 16 September 2025, pelbagai tawaran istimewa disediakan dengan potongan harga sehingga 68%.

Inisiatif ini memberikan peluang kepada para pengembara untuk menikmati pelbagai pilihan produk tempatan, antaranya minyak wangi daripada Legendary, kosmetik daripada Alha Alfa dan Carya, lada hitam Sarawak daripada Saraspice, madu Borneo daripada Jynn’s, makanan kesihatan daripada PurelyB, coklat artisanal daripada Benns, karakter ikonik Upin Ipin, dan banyak lagi.

Dari hanya empat jenama kepada 33 jenama dalam masa setahun, perkembangan pesat MOVE Duty-Free membuktikan bahawa produk buatan Malaysia bukan sahaja mendapat sambutan hangat, malah berdaya saing serta berpotensi besar untuk menembusi pasaran global.

Wangian Legendary Orchid khususnya, mencetuskan fenomena di platform Xiaohongshu apabila tular dan segera meraih populariti dalam kalangan pelancong China, sehingga diangkat sebagai antara barangan ikonik yang wajib dimiliki ketika berkunjung ke Malaysia.

Sebagai tanda meraikan sambutan ini dengan lebih istimewa, baucar bernilai RM68 tanpa had perbelanjaan minimum akan ditawarkan pada 31 Ogos dan 16 September 2025. Hanya 68 unit disediakan bagi setiap tarikh, sekali gus menyerlahkan nilai eksklusif tawaran terhad ini.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini