Cuti sekolah kali ini jadi lebih berbaloi! AirAsia rewards dan PETRONAS Mesra Rewards bergabung tenaga melancarkan kempen baharu yang menarik: Tukarkan Mata Ganjaran Anda kepada Keriangan Cuti Sekolah!, berlangsung dari sekarang hingga 31 Ogos 2025.

Sama ada anda merancang percutian bersama keluarga atau mahu memaksimumkan penggunaan mata ganjaran, kempen ini menawarkan peluang kepada ahli kedua-dua program untuk menikmati keistimewaan eksklusif, mata ganjaran bonus dan hadiah hebat.

Khas di AirAsia Xchange, ahli boleh menikmati ganjaran menarik dengan memautkan akaun PETRONAS Mesra Rewards mereka dan menukar mata ganjaran Mesra Rewards kepada AirAsia points (dan sebaliknya) serta-merta.

Ganjaran yang anda tidak boleh lepaskan:

  • 🔗Pautkan akaun Mesra Rewards anda dengan akaun ahli AirAsia buat kali pertama dan nikmati 100 mata AirAsia + 1,000 mata Mesra Rewards — secara percuma!

  • 🔄 Tukarkan mata ganjaran anda dan dapatkan sehingga 2X mata sepanjang tempoh kempen.

  • 🏆 Dua penukar tertinggi akan memenangi penerbangan dan penginapan hotel percuma untuk dua orang ke Kuching atau Kota Kinabalu, bernilai RM3,400.

  • 🎁 30 penukar bertuah yang layak akan masing-masing memenangi baucar tunai PETRONAS bernilai RM200.

Sepanjang tempoh kempen, ahli akan menikmati kadar penukaran yang dipertingkatkan. Dengan menukar 2,000 mata Mesra Rewards kepada mata AirAsia, ahli akan menerima 1,000 mata AirAsia, iaitu dua kali ganda daripada kadar biasa 500 mata AirAsia.

Begitu juga, penukaran 1,250 mata AirAsia kepada mata Mesra Rewards akan memberikan 1,000 mata Mesra Rewards, berbanding kadar biasa 600 mata Mesra Rewards.

Bersedia untuk menukar mata ganjaran anda kepada pelbagai keistimewaan! Hanya buka aplikasi AirAsia MOVE, pergi ke bahagian Points Exchange, dan pautkan akaun Mesra Rewards anda untuk menukar mata.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini