Apakah maksud nilai yang sebenar? Bagi sesetengah orang, nilai diperolehi daripada penjimatan beberapa Ringgit. Bagi yang lain pula, ia mungkin diukur dengan kejayaan mengharungi cabaran setiap hari dan bebas daripada rasa bimbang.
Tetapi bagi kebanyakan orang yang perlu memenuhi tuntutan hidup seharian, nilai sebenar terletak pada hati budi dan rasa disantuni, disokong dan diingati.
Berbekalkan semangat ini, kempen Domino’s Bersama Anda, Super Onz Setiap Hari adalah sebuah inisiatif yang bukan hanya sekadar piza, tetapi sesuatu yang jauh lebih bermakna seperti bantuan, harapan dan ingatan bahawa anda tidak keseorangan.
Dalam kempen ini, Skuad Super Onz Domino’s telah turun padang secara mengejut ke Lembah Klang untuk memberi peluang kepada orang ramai menyertai cabaran ala rancangan “Supermarket Sweep” (iaitu mengisi troli beli-belah dengan barangan runcit
dalam masa 3 minit).
Tiada had belanja ditetapkan dan peserta bebas mengambil seberapa banyak barang yang boleh dalam julat masa tiga minit. Sama ada makanan segar, produk tenusu atau barangan keperluan isi rumah, semua yang dimasukkan ke dalam troli mereka akan dibiayai sepenuhnya oleh Domino’s.
Menerusi inisiatif ikhlas dari hati ini, Domino’s membiayai barangan keperluan harian bernilai RM39,000 secara keseluruhan kepada peserta-peserta yang memerlukan, sebagai usaha membawa keceriaan dan memberikan sokongan bermakna kepada komuniti di seluruh Lembah Klang.
Ketua Pegawai Eksekutif Serantau Domino’s Malaysia, Singapura dan Kemboja, Ringo Joannes berkata, “Kempen Domino’s Bersama Anda, Super Onz Setiap Hari adalah cara kami menyumbang kembali kepada anda kerana anda memang berharga buat kami.
Daripada penunggang p-hailing yang memastikan pelanggan dapat menikmati pesanan makanan yang masih panas dan lazat, kepada pelajar yang menuntut ilmu jauh dari kampung halaman semata-mata untuk membina masa depan yang lebih baik, atau ibu bapa yang bekerja keras untuk mencari rezeki dan memenuhi keperluan keluarga masing-masing, setiap perjalanan menceritakan kisah penuh harapan yang menguji ketahanan dan kekuatan.



































