Syarikat ekosistem peranti AI global, HONOR, hari ini melancarkan telefon pintar boleh lipat ternipis di dunia yang dinanti-nantikan, HONOR Magic V5, di Malaysia. Untuk tahun ketiga berturut-turut, HONOR masih mengekalkan harga runcit peranti boleh lipatnya pada RM6,999, meskipun ia menawarkan kemajuan perkakasan dan perisian terkini berbanding model terdahulu. Semua kemajuan tersebut telah dimuatkan dalam badan ultra-nipis 8.8mm peranti tersebut.
Dapatkan Hadiah PERCUMA Bernilai RM3,497, Eksklusif Sepanjang Tempoh Pra-tempahan
HONOR Magic V5 kini dibuka untuk pra-tempahan sehingga 24 Julai 2025 dan menawarkan pakej hadiah eksklusif bernilai RM3,497. Walaupun harga HONOR Magic V5 kekal tidak berubah, HONOR memberi hadiah percuma yang lebih mewah sepanjang tempoh pra-tempahan, termasuk pembesar suara premium Harman Kardon Onyx Studio 9 bernilai RM1,299.
Selain itu, HONOR Magic V5 turut didatangi dengan pelan perlindungan yang lebih baik iaitu Perlindungan Keretakan 1 Tahun Tanpa Bimbang dan Jaminan Kualiti 2 Tahun Tanpa Bimbang, sekaligus memberikan ketenangan fikiran kepada pelanggan.
Tukar Beli Peranti Lama dan Nikmati Rebat Tambahan RM400

Bagi memudahkan pengguna memiliki HONOR Magic V5, mereka boleh menukar beli telefon pintar, tablet atau komputer riba lama di mana-mana kedai HONOR Experience Store yang berhampiran.
Malah, pengguna juga boleh memperolehi rebat tambahan bernilai RM400 apabila membeli telefon boleh lipat ini. Program tukar beli ini bermula dari 15 Julai hingga 31 Ogos 2025, dan turut ditawarkan di cawangan Maxis, Senheng, Grand Senheng, SenQ, Urban Republic dan Harvey Norman terpilih. Maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang rasmi HONOR Malaysia.
Faedah 0% Dengan Pelan Ansuran 24 Bulan
Lebih menarik, HONOR menyediakan pilihan pemilikan yang fleksibel kepada pengguna melalui pelan ansuran 0% faedah selama 24 bulan, dengan komitmen bulanan hanya RM292. Hanya kunjungi HONOR Experience Store terdekat untuk merebut peluang ini dan miliki HONOR Magic V5.
Paling Nipis, TIADA Kompromi – Harga Masih Sama, Perkakasan dan Perisian Dinaik Taraf

Direka dengan penuh keanggunan, ketebalan HONOR Magic V5 apabila dibuka hanya 4.1mm, setanding dengan ketebalan duit syiling 50 sen, manakala beratnya coma 217g. Pencapaian ini menetapkan penanda aras baharu dalam industri reka bentuk telefon pintar boleh lipat.
Peningkatan ketara ini menunjukkan komitmen berterusan HONOR terhadap kecemerlangan kejuruteraan, disokong oleh sistem pembuatan dipacu AI yang menerajui industri. Walaupun dengan reka bentuknya yang ultra-nipis, HONOR Magic V5 menawarkan peningkatan unggul pada jangka hayat bateri, prestasi kamera, dan ketahanan, mengatasi pendahulunya tanpa kompromi.
Kapasiti Bateri Lebih Besar dan Kecekapan Tenaga Lebih Baik
HONOR Magic V5 didatangi Bateri Silikon Karbon HONOR berkapasiti 5,820mAh, paling nipis dalam kelasnya. Ia menawarkan kuasa yang lebih tinggi agar pengguna boleh menggunakannya sepanjang hari.

Kecekapan kuasa yang dipertingkatkan ini dicapai melalui integrasi cip kuasa E2 Power Enhanced HONOR, memastikan keselamatan unggul dan prestasi terma yang dioptimumkan untuk pengalaman pengguna yang boleh dipercayai dan lancar.
Kamera Telefoto Terbaik dalam Telefon Boleh Lipat dan Perkakasan AI Imaging Yang Berkuasa
HONOR Magic V5 turut memperkenalkan kemajuan besar dalam teknologi kamera, memberikan pengalaman fotografi bertaraf profesional di tangan pengguna. Peranti ini membawakan Kamera Telefoto Periskop 64MP dengan zum 100x yang mengagumkan – kamera telefoto terbaik dalam segmen boleh lipat.
Peranti ini turut didatangi Kamera Utama 50MP, Kamera Ultra-Lebar 50MP, dan Kamera Swafoto 20MP, menangkap kejelasan yang menakjubkan, warna cerah, dan perincian yang luar biasa dalam setiap tangkapan.
Dalam AI Imaging, HONOR Magic V5 menyediakan perkakasan AI fotografi, termasuk AI Super Zoom, AI Enhanced Portrait, dan AI Motion Sensing Capture, manakala fungsi suntingan terbina dalam seperti AI Outpainting, AI Eraser, AI Cutout, AI Upscale dan Live Photo bagi memudahkan kreativiti tanpa perlu aplikasi tambahan.
Skrin Dalaman dan Luaran yang Dinaik Taraf untuk Rintangan Jatuh dan Calar Lebih Baik
HONOR Magic V5 direka untuk ketahanan, dengan menampilkan perlindungan kesan jatuhan dan calar yang dipertingkatkan untuk menahan haus dan lusuh harian. Kerangka badannya diperbuat daripada Gentian Khas Aeroangkasa, manakala skrin luarannya dilindungi oleh Perisai NanoCrystal Anti-calar yang dinaik taraf bagi mampu menahan calar dari objek tajam seperti kunci , atau jatuh ke atas permukaan keras.
Skrin dalaman pula mempunyai tiga lapisan perlindungan termasuk teknologi bendalir bukan Newtonian yang inovatif untuk rintangan jatuh dan impak lebih baik. Selain itu, Pengesanan Objek Asing berkuasa AI memberi amaran kepada pengguna jika zarah sekecil 0.8mm, seperti pasir, memasuki kawasan skrin semasa dilipat.
Engsel peranti ini juga telah diperkuat untuk menahan sehingga 500,000 kitaran lipatan, bersamaan dengan 100 lipatan sehari dan mampu bertahan sehingga 13 tahun. Ini bagi memastikan kebolehpercayaan jangka panjang tanpa kebimbangan.
Dengan penarafan IP58 dan IP59, HONOR Magic V5 juga menawarkan rintangan air dan habuk yang kukuh, menjadikannya teman yang boleh dipercayai walaupun dalam persekitaran yang tidak dapat diramalkan.
Di sebalik reka bentuknya, HONOR Magic V5 dikuasakan oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 8 Elite yang terkini. Ini memberikan kuasa pemprosesan luar biasa dan peningkatan AI untuk melonjakkan pengalaman multitugas serta memastikan operasi yang lancar dan dan berkelajuan tinggi.
Ciri-ciri Perlindungan Mata Yang Dipertingkatkan
HONOR Magic V5 menampilkan Pemalapan PWM 4,320Hz pada kedua-dua paparannya bagi mengurangkan ketegangan dan keletihan mata semasa penggunaan yang panjang. Kedua-dua paparan ini juga mencapai kecerahan puncak 5,000 nits, memastikan skrin kekal jelas dan terang walaupun di bawah cahaya matahari terik.
AI Multitugas – Membolehkan Produktiviti Di Mana-Mana
Direka untuk kecekapan maksimum, HONOR Magic V5 mempunyai skrin dalaman seluas 7.95 inci yang memberikan pengalaman tontonan seperti tablet, sesuai untuk tugasan pelbagai, mencipta kandungan, dan produktiviti.
Ciri Three Split Screen baharu mengubah peranti boleh lipat ini menjadi hab multitugas yang dinamik, membolehkan pengguna mengendalikan pelbagai tugas dengan mudah secara serentak dalam senario harian seperti mesyuarat, perancangan perjalanan, membeli-belah, dan perbandingan harga.
Di tempat kerja pula, pengguna boleh menggunakan ciri Three Split Screen untuk merekod mesyuarat dengan AI Notes, pada masa sama membuat ringkasan menggunakan AI Summaries.
Di skrin kedua, pengguna boleh mengemaskini maklumat terkini mesyuarat kepada rakan sekerja melalui WhatsApp, sambil membalas e-mel di skrin ketiga. Keupayaan multitugas yang lancar ini menjadikan kerja lebih pintar dan cekap.
Bagi merancang melancong, pengguna boleh menggunakan skrin untuk membandingkan harga hotel antara dua aplikasi tempahan bersebelahan. Tidak pasti tawaran hotel mana yang terbaik? Gunakan Gemini Live Screen Sharing untuk bertanya tentang tawaran hotel terbaik antara dua aplikasi tempahan. Selain itu, pengguna juga boleh meminta Gemini mencadangkan lokasi tarikan pelancong berdekatan.
Apabila membeli-belah barangan runcit, pengguna boleh mencari bahan-bahan di internet sambil menerima tip memasak daripada ahli keluarga secara serentak. Perlukan bantuan membezakan antara daun parsli dan ketumbar? Gemini Live boleh membantu mengenal pastinya dengan serta-merta. Secara keseluruhannya, HONOR Magic V5 adalah teman multitugas AI yang terunggul untuk melancarkan tugas harian dengan lebih cekap.
Ketersambungan iOS Silang yang Mudah
Berkongsi fail dan imej antara iOS, macOS dan HONOR Magic V5 kini lebih mudah berbanding sebelum ini dengan ciri HONOR Share yang dinaik taraf pada telefon boleh lipat ini. Pengguna Apple boleh memuat turun HONOR Connect dari App Store untuk berkongsi dan menerima fail dengan pantas bersama pengguna Magic V5.
Selain itu, HONOR Magic V5 menyokong iCloud Cloning, membolehkan pengguna iPhone memindahkan data mereka dengan mudah, termasuk mesej, nota, gambar, kenalan dan kalendar ke telefon boleh lipat dengan hanya beberapa ketukan.
Warna dan Storan
HONOR Magic V5 akan tersedia dalam empat pilihan warna yang elegan iaitu Dawn Gold, Ivory White, Silk Brown, dan Black. Ia didatangi dalam storan RAM 16GB dan 512GB ROM. Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR Magic V5, kunjungi laman sesawang rasmi HONOR di www.honor.com/my/.



































