Sejak bertahun lamanya, Malaysia telah menyaksikan peningkatan dalam permintaan untuk tayar yang menjimatkan penggunaan bahan api dan mesra alam.
Di negara di mana kereta memainkan peranan penting dalam rutin harian, pemandu Malaysia seringkali mencari tayar yang boleh membantu menjimatkan penggunaan
bahan api dan jaminan keselamatan di samping keselesaan semasa memandu.
Maka di sinilah, pengeluar tayar terkemuka dari Jerman, Continental, dengan bangganya
memperkenalkan EcoContact 6 dan EcoContact 6Q ke pasaran Malaysia.
Dicipta untuk meningkatkan tahap pemanduan setiap hari, tayar ini memberikan keselesaan yang luar biasa, golekan dengan rintangan lebih rendah, dan kecekapan yang dipertingkatkan, membolehkan penggunaan bahan api untuk kenderaan berpetrol dan hibrid dikurangkan, manakala kenderaan elektrik pula boleh bergerak lebih jauh hanya dengan sekali caj.

Direka untuk kecekapan penggunaan bahan api, EcoContact 6 mengurangkan pengeluaran
karbon dioksida dengan sebatian silika berteknologi tinggi yang mengoptimumkan rintangan golekan tayar.
Ia dicipta dalam bentuk yang khusus, di mana rib asimetri dan geometri sipe tayar memberikan cengkaman dan kestabilan di atas jalan yang basah dan kering Di samping itu pula, EcoContact 6Q direka dengan ciri-ciri teknologi pengurangan bunyi yang canggih, memastikan pemanduan lebih lancar dan senyap.
Corak bunga khasnya dan kompaun Advanced Green Chili 2.0, yang boleh mengadaptasi terhadap keadaan jalan, memberi tayar lebih keupayaan terhadap rintangan golekan dan menjimatkan penggunaan bahan api.
Sementara rib asimetri dan geometri sipe tayar mengekalkan konsistensi terhadap permukaan jalan, ia juga meningkatkan kestabilan, terutamanya semasa menukar haluan, meminimakan bunyi bising untuk pemanduan yang lebih selesa.
































