Zurich Takaful Malaysia Berhad (Zurich) dengan sukacitanya memperkenalkan Takaful ProAspire, pelan Takaful keluarga yang direka untuk memperkasakan rakyat Malaysia dalam membina masa depan kewangan yang kukuh untuk diri mereka dan orang tersayang.
Produk ini bertujuan untuk memberikan simpanan maksimum berserta perlindungan, membolehkan pelanggan menikmati ketenangan minda dalam menghadapi ketidaktentuan hidup.
Pelan ini membantu usaha masyarakat dalam mencapai aspirasi kewangan mereka, di samping mencapai detik bermakna di setiap peringkat kehidupan. Menurut Kaji Selidik Keupayaan dan Rangkuman Kewangan dari Segi Permintaan 2024 oleh Bank Negara Malaysia, hanya 58% rakyat Malaysia aktif menyimpan untuk masa depan, penurunan
daripada 67% pada tahun 2021.
Kenaikan kos sara hidup dan pendapatan yang tidak stabil menyebabkan ramai orang lebih mengutamakan keperluan semasa berbanding menyimpan, di mana 61% tidak mampu menyimpan RM1,000 untuk kecemasan, manakala 31% pula bimbang tentang pengurusan perbelanjaan pada usia tua.
Penemuan ini menunjukkan betapa pentingnya akses kepada penyelesaian keselamatan kewangan yang menggabungkan perlindungan dan simpanan.
Ketua Pegawai Eksekutif, Zurich Takaful Malaysia Berhad, Nur Fatihah Mustafa berkata, setiap individu berhak diberi peluang untuk mengejar impian dan membina masa depan yang cerah.
Takaful ProAspire ialah cara kami membantu rakyat Malaysia mengambil langkah bermakna ke arah mencapai matlamat mereka, sama ada merancang pendidikan anak, menyasarkan persaraan awal, menunaikan Umrah dan Haji, atau sekadar membuat simpanan untuk mencapai matlamat hidup mereka.
“Kami percaya bahawa dengan menawarkan keselamatan kewangan, mereka boleh menumpukan perhatian kepada perkara yang benar-benar bermakna dalam kehidupan.”