Tempoh pra-tempahan Siri HONOR 400 yang dinanti-nantikan di Malaysia, telahpun bermula sejak Khamis lalu dan menerima sambutan hangat.

Dengan tinggal tiga hari sebelum tempoh pra-tempahan tamat pada 29 Mei, inilah masa terbaik untuk mendapatkan Siri HONOR 400 bersama pelbagai hadiah percuma yang eksklusif dan terhad.

Bermula pada harga RM1,899, pelanggan bukan sahaja membawa pulang Siri HONOR 400 yang canggih, malah turut menerima waranti Jaminan Lanjutan 1 Tahun serta pelbagai hadiah menarik termasuk Instax Mini LiPlay PERCUMA dan fon kepala HONOR CHOICE Active Noise Cancelling yang menjadi rebutan generasi muda.

Oleh itu, jangan melepaskan peluang keemasan ini untuk menaik taraf pengalaman telefon pintar dengan Siri HONOR 400 semasa tempoh pra-tempahan ini. Malah, pelanggan yang membeli HONOR 400 dengan storan 256GB akan mendapat naik taraf PERCUMA ke 512GB pada hanya RM1,899!

Berikut adalah tawaran pra-tempahan ini:

HONOR 400 Pro

    • RAM 24GB + ROM 512GB: RM2,699
    • Hadiah percuma: Instax Mini LiPlay (tertakluk kepada ketersediaan stok) dan Jaminan Lanjutan 1 Tahun bernilai RM1,097

HONOR 400

      • RAM 24GB + ROM 256GB: RM1,899
      • RAM 24GB + ROM 512GB: RM2,199
      • Hadiah percuma: Fon Kepala HONOR CHOICE Active Noise Cancelling dan Jaminan Lanjutan 1 Tahun bernilai RM898

Sistem Kamera Utama Quad Bertaraf Flagship

Siri HONOR 400 hadir dengan keupayaan kamera yang menyaingi telefon pintar flagship. HONOR 400 dilengkapi kamera utama Super Sensing 200MP dengan sensor besar 1/1.4 inci, apertur f/1.9 serta penstabilan dwi OIS + EIS.

Ia turut menampilkan kamera Ultra-Lebar dan Makro 12MP. HONOR 400 Pro pula menambah kamera telefoto AI 50MP dengan sensor Sony IMX856 dan sokongan zum super sehingga 50X, serta OIS. Kedua-dua model ini juga dilengkapi Kamera Swafoto Potret 50MP.

Alat AI Editing Generasi Baharu

Selain itu, Siri HONOR 400 juga membawa peningkatan besar dalam teknologi AI berbanding model sebelumnya.

Antara fungsi AI Editing canggih termasuk AI Image to Video, AI Eraser 2.0, AI Cutout, AI Outpainting, AI Upscale, dan Moving Photo Collage. Fungsi-fungsi semuanya direka untuk membantu pengguna menyunting dan menyempurnakan gambar mereka dengan sentuhan kreatif dalam kehidupan digital mereka.

Dapatkan berita terkini mengenai Siri HONOR 400 dengan mengikuti laman Facebook rasmi dan laman sesawang HONOR Malaysia di www.honor.com/my

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini