HONOR Malaysia hari ini secara rasmi mengumumkan Siri HONOR 400 yang amat dinanti-nantikan bakal datang ke Malaysia tidak lama lagi.

Malaysia akan menjadi pasaran global pertama untuk melancarkan telefon pintar yang dilengkapi dengan teknologi Next-Gen AI Imaging. Keputusan strategik ini menggariskan kepentingan Malaysia sebagai pasaran utama, terutamanya di rantau Pasifik Selatan.

Melalui pelancaran sulung ini, rakyat Malaysia akan menjadi antara yang pertama merasai keupayaan AI yang dipertingkatkan dan teknologi pengimejan generasi seterusnya pada Siri HONOR 400, sekaligus meletakkan negara ini sebagai pusat penting bagi inovasi dan kepimpinan teknologi.

Siri HONOR 400 direka untuk menawarkan rangkaian lengkap ciri-ciri yang dikuasakan oleh AI bagi memberikan pengguna gabungan keupayaan kreatif dan fungsi termaju tiada tandingan, menetapkan penanda aras baharu dalam segmen telefon pintar kelas pertengahan.

HONOR memperkenalkan Next-Gen AI Imaging yang lebih hebat pada Siri HONOR 400

HONOR sekali lagi merevolusikan fotografi mudah alih dengan memperkenalkan teknologi pengimejan AI yang paling berkuasa setakat ini melalui Siri HONOR 400 serba baharu. Teknologi Next-Gen AI Imaging ini melaksanakan semuanya untuk pengguna, merakam setiap detik dengan kejelasan, warna dan perincian yang menakjubkan, menjadikan setiap gambar kelihatan luar biasa.

Dengan menyepadukan peningkatan AI yang canggih, siri ini membolehkan pengguna merakam, menyunting dan berkongsi visual kreatif dengan kemudahan dan ketepatan yang tiada seumpamanya, meningkatkan lagi standard keupayaan peranti kelas pertengahan ke
tahap lebih tinggi.

HONOR memberi sedikit gambaran tentang kamera Siri HONOR 400

Bagi mengacah rakyat Malaysia, HONOR hari ini turut mendedahkan poster di saluran media sosial rasminya, menawarkan gambaran pertama reka bentuk kamera belakang Siri HONOR 400. Reka bentuk baharu ini menampilkan susunan tiga kamera elegan yang mirip dengan model terdahulunya, dipadankan dengan warna Grey lembut bagi mencetuskan ciri keabadian dan kehalusan yang estetik.

Melangkaui pengimejan, Siri HONOR 400 akan menampilkan peningkatan ketara dalam kapasiti bateri, kualiti paparan, ketahanan, dan penambahan ciri AI, menjadikannya pesaing menonjol dalam segmen kelas pertengahan. Nantikan 8 Mei ini untuk butiran
lanjut mengenai Siri HONOR 400 secara rasmi oleh HONOR.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini