vivo secara rasminya telah melancarkan vivo V50 Lite 5G di Malaysia, model terbaharu dalam siri V50 yang menetapkan penanda aras baharu dalam keupayaan bateri, reka bentuk ultra nipis dan ketahanan menyeluruh.
Direka untuk pengguna yang menginginkan gabungan sempurna antara gaya dan prestasi, vivo V50 Lite 5G menampilkan bateri vivo BlueVolt 6500mAh paling nipis daripada vivo, ketahanan luar biasa, keupayaan imejan dipacu AI, dan pengalaman penggunaan yang lancar.
Bagi menghidupkan semangat vivo V50 Lite 5G, vivo telah bekerjasama dengan dua personaliti media sosial berpengaruh, Arwind Kumar dan Jobroseph sebagai Rakan Rasmi V50 Lite, yang menampilkan bagaimana V50 Lite menyokong gaya hidup dinamik mereka dengan lancar.
Reka Bentuk Bergaya dan Menyerlah
vivo V50 Lite 5G hadir dengan reka bentuk ultra nipis 7.79mm dan skrin rata 2.5D dalam tiga warna yang diinspirasikan oleh alam semula jadi, lengkap dengan bingkai berkilat tinggi.
Titanium Gold, Phantom Black, dan Fantasy Purple membawakan sentuhan sofistikasi, misteri, dan keceriaan dalam reka bentuknya. Direka khas untuk pengguna yang mengutamakan hiburan imersif dan masa skrin yang lebih lama, V50 Lite 5G menampilkan paparan P-OLED bersaiz 6.77 inci dengan perlindungan cahaya biru rendah, serta bezel ultra nipis, memberikan nisbah skrin-ke-badan sebanyak 94.2% untuk pengalaman tontonan yang mengasyikkan.
Telefon Ternipis vivo Dengan Bateri Superkuasa & Pengecasan Songsang
Di sebalik reka bentuk nipis vivo V50 Lite 5G terletak bateri vivo BlueVolt 6500mAh yang berkuasa tinggi, yang memberikan ketumpatan kuasa luar biasa dalam reka bentuk ramping.
Ia mampu menyokong sehingga 27.41 jam tontonan YouTube atau lebih daripada 15 jam melayari TikTok — membolehkan sesi multimedia berterusan tanpa gangguan. vivo V50 Lite 5G juga menyokong pengecasan songsang, membolehkan pengguna mengecas peranti lain.
Ini mengatasi keperluan membawa power bank berat dan memudahkan pengecasan berbilang peranti.
Teknologi bateri termaju seperti Penyusunan Semula Karbon (Carbon Recomposition), Pengubahsuaian Elektrod (Electrode Reshaping), dan Ukiran Laser (Laser Etching) membantu dalam meningkatkan ketumpatan tenaga, kestabilan struktur dan penghantaran tenaga yang cekap.
Teknologi Pengkapsulan Bateri (Battery Encapsulation) eksklusif vivo mengurangkan isipadu penyalutan bateri sebanyak 50% berbanding V40 Lite, membolehkan reka bentuk yang lebih nipis tanpa menjejaskan hayat bateri.
Bateri ini turut menawarkan Perlindungan Keselamatan 24-Dimensi, serta jaminan kesihatan bateri selama 5 tahun, mengekalkan sekurang-kurangnya 80% kapasiti selepas 1,700 kitaran pengecasan. Ia juga berfungsi dalam keadaan ekstrem, dengan julat suhu -20°C hingga 50°C.
Teknologi FlashCharge 90W bertaraf mercu memberikan pengecasan pantas — 20% dalam hanya 7.5 minit, dan penuh dalam hanya 52.5 minit, menghapuskan kebimbangan kehabisan bateri.
Tambahan pula, vivo V50 Lite 5G menampilkan Pengecasan AI yang belajar secara pintar untuk memperlahankan penuaan bateri, dan Zero-Power Superfast Startup yang memastikan sambungan segera selepas bateri habis sepenuhnya.
vivo V50 Lite 5G kini tersedia di seluruh Malaysia bermula pada harga RM1,299 di semua pengedar sah vivo. Promosi Pelancaran — Hadiah Percuma Bernilai Sehingga RM1,096!