Merchantrade Asia Sdn. Bhd., sebuah syarikat perkhidmatan wang digital terkemuka di Malaysia,mengumumkan satu pelan insurans penjagaan kesihatan inovatif, Mi Medic Pro, yang direka khusus untuk komuniti terpinggir seperti pekerja migran, pelarian, dan keluarga berpendapatan rendah di Malaysia.
Di bawah seliaan MCIS Insurance Berhad (“MCIS Life”), Mi Medic Pro menawarkan perlindungan mampu milik untuk individu dari semua peringkat umur — daripada bayi seawal 30 hari hingga 65 tahun — dengan hanya RM25 sebulan atau RM300 setahun.
Ia juga merupakan satu-satunya insurans kesihatan di Malaysia yang membenarkan pembelian sendiri oleh pekerja asing. Mi Medic Pro bertujuan menjadikan penjagaan kesihatan lebih mampu milik untuk semua, termasuk golongan termuda dalam komuniti.
Pelan ini menawarkan perlindungan sehingga RM12,000 setahun bagi rawatan pesakit di hospital kerajaan dan rangkaian hospital swasta yang luas di seluruh negara. Mi Medic Pro lebih inklusif kerana menerima pelbagai jenis pengenalan diri, sekali gus memudahkan golongan terpinggir mendapatkan perlindungan kesihatan yang mereka perlukan.
Majikan dan agensi pekerja asing telah melabur dalam jumlah yang tinggi untuk membawa mereka ke sini dan perlu memastikan mereka mendapat akses kepada penjagaan kesihatan yang berkualiti.
Mendapatkan rawatan di hospital kerajaan yang sesak boleh memakan masa, jadi pilihan untuk mendapatkan rawatan lebih pantas memberikan manfaat kepada semua pihak. Mi Medic Pro menawarkan perlindungan yang jauh lebih baik pada kos yang sangat berpatutan berbanding skim insurans bantuan kerajaan sedia ada.
Ivan Alias, Ketua Pegawai Komersial Merchantrade, menegaskan komitmen syarikat terhadap komuniti, “Mi Medic Pro menunjukkan komitmen teguh Merchantrade terhadap
keterangkuman. Kami menggunakan teknologi untuk membantu golongan yang sering terpinggir.
Dengan kerjasama MCIS Life, kami dapat menawarkan insurans yang berkualiti dan mudah diakses, sekali gus menjadikan penjagaan kesihatan lebih mampu milik untuk semua.”
































