Acer Malaysia memperkenalkan komputer riba TravelMate P6 14 AI baharu yang menyediakan prestasi AI sehingga 120 TOPS dalam penutup atas gentian karbon yang anggun dan tahan lasak.
Acer juga memperkenalkan siri paparan Vero CB2 terkini, direka untuk menyokong keselesaan mata dan kemampanan untuk lingkungan perusahaan.
Acer TravelMate P6 14 AI – Dibina untuk Pergerakan Perusahaan
Direka untuk golongan profesional yang memerlukan prestasi dan keselamatan dalam bentuk yang mudah alih, TravelMate P6 14 AI baharu menggabung kuasa dan kemudahan dalam reka bentuk yang ringan lagi tahan lasak digabungkan dengan kemampanan.
Dilengkapi paparan 14 inci yang jelas dengan gamut warna sRGB 100% dan kecerahan sehingga 400 nits, TravelMate P6 14 AI menawarkan paparan beresolusi sehingga WQXGA+ (2880 x 1800), dengan pilihan untuk kemasukan sentuhan pelbagai jari di atas pilihan WQXGA (1920 x1200).
Dengan berat di bawah 1kg, TraveMate P6 14 AI baharu menggabungkan penutup atas gentian karbon premium dengan rangka aloi magnesium-aluminium untuk menyediakan ketahanan yang berpiawaian gred tentera untuk golongan profesional yang sentiasa bergerak.
Dikuasakan oleh siri Intel Core Ultra 200V terkini dengan pencepat AI, dengan pilihan untuk memori sistem LPDDR5X sehingga 32GB, mecapi 8533 MT/s, dan bateri berjangka hayat panjang 65Wh, Acer TravelMate P6 14 AI dibina untuk pelbagai tugasan yang lancar dan produktiviti sepanjang hari.
Golongan profesional akan mendapat manfaat dari ciri-ciri yang diperbaik AI seperti Acer PurifiedView dan Acer PurifiedVoice untuk mesyuarat video yang lebih baik sambil meningkatkan kecekapan tenaga melalui NPU-nya.
Kelengkapan yang diperbaik AI ini memperbaik penampilan dan mengurangkan bunyi secara automatik ketika kamera digunakan, sementara QuickPanel menawarkan akses segera kepada penetapan kamera dan mikrofon. Pilihan Edisi Intel Evo menjamin prestasi yang premium manakala pengalaman Copilot+ PC akan meningkatkan produktiviti yang dipacu AI.
TravelMate P6 14 AI menawarkan keselamatan bertaraf perusahaan, termasuk pengenal muka IR dan penutup privasi untuk perlindungan terhadap penggodam. Teknologi Acer User Sensing menggunakan penderia AI berdasarkan penglihatan yang terbina dalam untuk mengesan orang berdasarkan jarak dan pergerakan.
Ia membantu dalam perlindungan data dengan mengunci paparan ketika para pengguna beralih dari peranti dan membuka peranti dengan segera ketika mereka kembali. Acer ProShield Plus yang tergabung menawarkan perlindungan dan pengawalan tambahan dalam satu konsol.
Acer TravelMate P6 14 AI dijual dengan harga rasmi RM 6,799 dari eKedai Acer dan penjual rasmi Acer di seluruh negara manakala Acer Vero CB242Y G dan Vero CB272 G masing-masing dijual dengan harga rasmi RM 469 dan RM 599.
Sementara itu, Acer turut memperkenalkan Siri pemanas air Acerpure AQUA WH1 baharu direka untuk meningkatkan pengalaman rutin seharian dengan tumpuan terhadap keselamatan, kemudahan, dan kecekapan tenaga, hari ini dikembangkan dengan kedatangan model-model Acerpure AQUA WH1, WH1Pro, dan WH1Lite.
Siri Acerpure AQUA WH1 dilengkapkan dengan beberapa lapisan perlindungan untuk melindungi para pengguna seperti perlindungan dari lonjakan kilat dan peranti arus baki (RCD) yang amat sensitif.
Dengan sensitiviti sebanyak 15mA, RCD akan memantau arus elektrik secara menerus dan memotong kuasa dengan segera semasa kejadian ketidakseimbangan, mencegah kejutan elektrik.
Direka untuk prestasi yang tinggi dan senang digunakan, pam DC penjimat tenaga senyap siri Acerpure AQUA WH1 mengurangkan penggunaan tenaga sehingga 60% berbanding dengan pam AC biasa.
Ia juga mengekalkan tahap suara yang serendah 45dB. Gabungan penggalak pam tekanan air rendah memastikan penggunaan yang boleh diandalkan walaupun dengan aliran air yang rendah untuk menyediakan pengalaman mandi yang tidak terganggu.
Siri Acerpure AQUA WH1 dijual dengan harga rasmi RM 359. Para pelanggan boleh pra-tempah peranti ini dari RM 199 di eKedai Acer, kedai rasmi Acerpure dalam Shopee dengan segera sehingga 30 April 2025.