BMW Motorrad Malaysia melancarkan BMW C 400 X Baharu dan BMW C 400 GT Baharu. Direka untuk Mobiliti Bandar, kedua-dua skuter premium bersaiz sederhana ini kini hadir dengan senarai kelengkapan standard yang lebih luas.
Benjamin Nagel, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, berkata, “Segmen Mobiliti Bandar merupakan segmen kedua terbaik untuk prestasi BMW Motorrad Malaysia pada 2024, selepas segmen Pengembaraan kami yang popular.
Walaupun BMW CE 02 dan BMW CE 04 melambangkan penerimaan kami terhadap elektrifikasi dalam segmen ini, BMW C 400 X Baharu dan BMW C 400 GT Baharu pula mencerminkan pendekatan kami terhadap Keterbukaan Teknologi yang memberikan pelanggan Kuasa Pilihan dalam meneroka jalan-jalan di bandar.”
BMW C 400 X Baharu dan BMW C 400 GT Baharu merupakan pilihan tunggangan yang dipercayai bagi penunggang moden, menawarkan gabungan prestasi, gaya, dan kepraktisan.
BMW C 400 X Baharu menonjol dengan ciri dinamik yang dipertingkatkan, sementara BMW C 400 GT Baharu, model Gran Turismo yang sesuai untuk perjalanan jarak jauh, mengagumkan dengan tahap keselesaan yang lebih tinggi.
Dikemas kini untuk tahun 2025, kedua-dua model ini hadir dengan penambahbaikan teknikal serta ciri, warna, dan aksesori baharu.
Enjin Silinder Tunggal yang Berkuasa dengan Dinamik dan Kawalan Tunggang yang Canggih. Teras utama BMW C 400 X Baharu dan BMW C 400 GT Baharu terletak pada enjin silinder tunggal yang telah terbukti berkuasa dengan penghasilan output 25 kW (34 hp) pada 7,500 rpm dan tork maksimum 35 Nm pada 5,750 rpm.
Dipadankan dengan transmisi CVT variabel berterusan serta set kuasa lengan ayun berketahanan kilasan tinggi, enjin ini menawarkan prestasi yang lancar dan responsif, menjadikannya pilihan ideal untuk tunggangan di bandar mahupun pengembaraan jarak jauh.
Harga jualan (atas jalan, termasuk waranti tiga tahun BMW Motorrad Malaysia yang baharu dan ProgramBantuan Tepi Jalan selama tiga tahun, tanpa insurans) bagi BMW C 400 X Baharu dan BMW C 400 GT Baharu adalah:
- BMW C 400 X Baharu = RM 47,500.00
- BMW C 400 GT Baharu = RM 53,500.00