BMW Motorrad Malaysia mengumumkan harga rasmi bagi BMW R 12 Serba Baharu, tambahan terkini dalam barisan model Heritage mereka. BMW R 12 Serba Baharu menggabungkan warisan klasik dengan inovasi moden, menawarkan pengalaman menunggang yang asli dan mencerminkan semangat #MakeLifeARide.

Melambangkan dedikasi BMW Motorrad terhadap evolusi, model roadster Heritage ini menampilkan enjin ikonik R boxer, memberikan kawalan yang lancar dan responsif sama ada di lebuh raya mahupun di jalanberliku di luar bandar.

Reka bentuknya yang diinspirasikan oleh gaya retro dipadankan dengan teknologi canggih, menjadikannya motosikal yang sempurna untuk penunggang yang menghargai
pesona klasik serta keseronokan dalam inovasi.

Dengan Pelan Pembiayaan daripada BMW Group Financial Services Malaysia, pemilikan BMW R 12 Serba Baharu bermula dari RM1,668 (berdasarkan anggaran Pembiayaan Straight Line dengan pinjaman 90 peratus untuk tempoh tujuh tahun).

Pemilik juga boleh menikmati faedah tambahan menerusi Program Minyak Enjin Premium Terkemuka Industri yang Inklusif, Servis Inklusif dan Lanjutan Waranti yang ditawarkan oleh BMW Motorrad Malaysia.

Harga jualan (atas jalan, termasuk jaminan tiga tahun BMW Motorrad Malaysia dan Program Bantuan Tepi Jalan Tiga Tahun, tanpa insurans) bagi BMW R 12 Serba Baharu adalah: BMW R 12 Serba Baharu RM119,500.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini