Ahli AirAsia kini boleh menukar ‘B points’ke mata AirAsia dan sebaliknya, membuka peluang kepada pelbagai ganjaran dan keistimewaan merentasi kedua-dua program.

AirAsia Rewards, program kesetiaan di bawah Capital A, hari ini mengumumkan kerjasama baharu dengan B Infinite, sebuah program ganjaran gaya hidup terkemuka di Malaysia. Melalui kerjasama ini, ahli AirAsia kini boleh memautkan akaun B Infinite mereka ke akaun AirAsia melalui AirAsia Xchange di aplikasi AirAsia MOVE untuk menukar B Points kepada mata AirAsia dan sebaliknya secara serta-merta pada kadar berikut:

  • 3,000 B Points untuk 1,000 mata AirAsia

  • 3,000 mata AirAsia untuk 1,000 B Points

Kerjasama strategik ini membolehkan ahli kedua-dua program menikmati lebih fleksibiliti  dengan menggunakan AirAsia Points untuk menebus penerbangan, penginapan hotel, pembelian bebas cukai, dan banyak lagi, sambil turut mendapat manfaat daripada rangkaian luas peniaga B Infinite merentasi pelbagai industri.

Dengan kerjasama ini, kedua-dua program menawarkan nilai tambah yang lebih tinggi , memberikan lebih kebebasan kepada pelanggan untuk memaksimumkan mata ganjaran mereka dan menikmati pelbagai ganjaran yang lebih meluas, merangkumi perjalanan dan gaya hidup.

Nicole Tan, Ketua AirAsia Rewards, berkata, “Kerjasama baharu dengan B Infinite ini merupakan pencapaian penting bagi AirAsia Rewards, membolehkan ahli menikmati lebih fleksibiliti dalam penggunaan mata AirAsia  serta akses kepada pelbagai ganjaran daripada rangkaian jenama dan rakan niaga Berjaya Corporation Berhad.

Ini mencerminkan komitmen berterusan kami untuk memperkayakan pengalaman ahli, mengukuhkan hubungan dengan jenama tempatan, dan memperluaskan kegunaan AirAsia Points. Akhirnya, kerjasama ini meningkatkan nilai yang kami tawarkan kepada pelanggan setia dan membawa kami lebih dekat kepada visi menjadikan AirAsia Points sebagai mata ganjaran digital universal.”

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini