Jenama teknologi global HONOR berjaya mencuri tumpuan di Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) Barcelona 2025 di Sepanyol dengan memperkenalkan HONOR ALPHA PLAN. Strategi korporat baharu ini menyasarkan untuk mentransformasikan HONOR daripada sebuah pengeluar telefon pintar kepada syarikat ekosistem peranti AI yang terkemuka di peringkat global.
Pengumuman ini telah menarik perhatian media-media global dan pakar industri, sekaligus menandakan fasa penting perjalanan HONOR ke arah kecemerlangan inovasi dan teknologi. Ini terbukti dengan HONOR menerima lebih 50 anugerah media bagi inovasi AI dan kecemerlangan produknya semasa di MWC.
Semasa MWC, HONOR telah memperkenalkan peranti baharu HONOR Watch 5 Ultra, HONOR Pad V9, HONOR Earbuds Open dan HONOR MagicBook Pro 14 yang menerima pujian daripada pelbagai agensi media seperti TechRadar, Tom’s Guide, Android Authority, 9to5Google dan GadgetMatch kerana mengetengahkan ciri-ciri inovatif, prestasi tinggi serta rekaan menawan, menjadikan peranti ini lebih menonjol berbanding yang lain.
HONOR Watch 5 Ultra telah dinobatkan sebagai Jam Tangan Pintar Terbaik MWC 2025 oleh TechRadar yang memuji kombinasi luar biasanya dari segi harga mampu milik, keserasian pelbagai sistem, dan jangka hayat bateri yang lama. TechRadar turut menonjolkan ciri-ciri jam ini seperti kerangka titanium, paparan AMOLED 1.5 inci dan jangka hayat bateri sehingga 15 hari.
Bagi tablet HONOR Pad V9, ianya mendapat pengiktirafan bagi rekaan dan prestasinya yang luar biasa. Tom’s Guide menyifatkannya sebagai pesaing hebat bagi iPad, sambil mengetengahkan paparan yang menawan, jangka hayat bateri lama dan antara muka pengguna yang dipertingkatkan oleh AI. 9to5Google turut menyuarakan penilaian positif terhadap spesifikasi kukuh tablet tersebut, termasuk prosesor yang laju, RAM besar, bateri berkapasiti besar serta pengecasan pantas.
HONOR Earbuds Open turut menerima pengiktirafan positif bagi rekaan terbuka yang unik serta kualiti bunyi yang bagus. TechRadar menamakan fon putik ini sebagai ‘Earbud Terbaik’ kerana mempunyai audio luar biasa dengan bunyian bass yang lebih mantap berbanding beberapa pesaingnya. Selain itu, fon putik ini turut dilengkapi pembatalan bunyi aktif, terjemahan langsung AI, rekaan yang nipis dan mudah dibawa. GadgetMatch juga memuji keselesaan dan kualiti bunyi hebat Earbuds Open, terutamanya untuk bas yang disifatkan sebagai “bassing”, dan setanding fon putik terbaik lain di pasaran.
HONOR MagicBook Pro 14 pula diiktiraf kerana reka bentuk yang anggun dan keupayaan prestasinya. NotebookCheck khususnya memuji paparan OLED dengan ketepatan warna yang tinggi dan pilihan dua prosesor Intel berbeza, menjadikan komputer riba ini pilihan menarik bagi golongan profesional yang mencari visual berkualiti tinggi dan kuasa pemprosesan yang mantap.
Dalam pada itu, agensi media CNBC, Reuters, Bloomberg, Tom’s Guide dan ZDNet mengiktiraf HONOR ALPHA PLAN atas pelaburan AS$10 bilion dalam AI, pengembangan strategik HONOR dalam ekosistem pelbagai yang dikuasakan AI, serta komitmen jenama ini menyediakan 7 tahun kemas kini Android OS dan keselamatan bagi siri HONOR Magic. Strategi tersebut meletakkan HONOR sebagai pesaing yang serius kepada penggiat teknologi terkemuka yang lain.