Penyedia perkhidmatan umrah terkenal, AS-SAFA Travels & Tours Sdn. Bhd. (As-Safa Travels) mengambil pendekatan strategik dalam usaha mengukuhkan lagi kedudukannya dalam industri pelancongan di negara ini.
Pengarah Eksekutif, Hj Md Roslan Mohammad Jaafar berkata, perancangan yang rapi dan usaha yang berterusan akan memacu perkembangan syarikat yang kini berkembang dan dikenali di seluruh negara.
As-Safa yang telah beroperasi selama 4 tahun itu kekal komited dan optimis segala perancangan yang dilaksanakan bertepatan dengan slogan “Pergi Selamat, Pulang Selamat” akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada bakal jemaah umrah pada masa akan datang.
“As-Safa Travels menawarkan konsep perjalanan premium yang mengutamakan kepuasan pelanggan serta keselamatan sepanjang perjalanan.
“Menunaikan Haji dan Umrah adalah amanah, bukan sekadar perkhidmatan. Ia melibatkan tanggungjawab besar untuk memastikan ibadah jemaah berjalan lancar dan diterima Allah. Dengan izin-Nya, kami berusaha melaksanakan setiap amanah dengan penuh keikhlasan.
“Dengan rasa tanggungjawab ini, kami melancarkan pakej baharu untuk tahun 2025, dimana semua orang mampu ke tanah suci untuk beribadah” katanya.
Untuk kempen ini, As-Safa Travels memperkenalkan pakej Umrah Ekonomi 2025 dengan harga RM5,990 untuk 8 hari 10 malam, termasuk penerbangan Air Arabia dan penginapan di hotel dekat Madinah dan Mekah. Pakej ini dijadualkan pada bulan Februari dan April 2025, dengan Ustaz Roslan sebagai mutawwif.
Selain itu, syarikat juga menawarkan pakej Badal Haji 2025 yang terhad kepada 50 peserta sahaja dengan harga RM 5,500. Pakej ini termasuk sijil, air zamzam, sejadah, dan minyak wangi sebagai tanda penghargaan kepada peserta yang tidak dapat menunaikan ibadah Haji secara langsung.
Pengurus Besar, Hj Mohammad Ahyat Md Roslan menambah, melalui kempen ini, Al-Safa berharap dapat menjangkau lebih ramai masyarakat, termasuk di kawasan bandar dan luar bandar. Dengan nilai integriti, pengalaman yang terbukti, dan tumpuan kepada kepuasan pelanggan, syarikat ini terus melangkah ke hadapan.
“Kami percaya bahawa perjalanan Umrah dan Haji adalah pelaburan rohani yang besar. Al-Safa akan terus komited untuk memastikan setiap jemaah bukan sahaja dapat melaksanakan ibadah mereka dengan sempurna tetapi juga membawa pulang kenangan dan ketenangan hati.
“Kami bukan hanya menyediakan perkhidmatan, tetapi juga bukti pelaksanaan seperti sijil dan dokumentasi. Kepercayaan pelanggan adalah keutamaan kami. InsyaAllah, dengan setiap langkah, kami memastikan amanah ini ditunaikan dengan penuh tanggungjawab” katanya lagi.
Bagi mereka yang ingin menunaikan ibadah ini dengan keyakinan penuh, Al-Safa Travel adalah pilihan yang tepat. Dengan pakej yang dirancang teliti dan sokongan pasukan berpengalaman, syarikat ini berdedikasi untuk memastikan setiap jemaah melangkah ke Tanah Suci dengan hati yang tenang.